Archive for 2013








PELAJAR TERBAIK PMR TAHUN 2013

Thursday, December 19, 2013

Video yang bertajuk "Gelap di Mata, Terang di Hati" ini telah dihasilkan oleh empat orang murid SMPK Setapak 
(AMIRUL SHAFIQ BIN AHMAD SHAIFUDDIN, TEH YONG SHING, MUHAMAD RUSYDUDDIN BIN ROSLI, MUHAMMAD FARHAN BIN AZAHARI) dan dipertandingkan dalam Pertandingan Liga Remaja Kreatif.


Penghasilan video ini dilakukan dalam masa yang singkat (beberapa hari sahaja) dan tanpa menggunakan peralatan yang lengkap semasa penggambaran. Syukur kerana mereka berjaya dipilih sebagai pemenang peringkat Wilayah Persekutuan. Walaupun mendapat saguhati, namun admin tetap berbangga dengan mereka kerana mereka berjaya menunjukkan kepada masyarakat bahawa murid-murid SMPK Setapak mampu bersaing dengan murid-murid sekolah biasa yang lain dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan!


"They are not disabled, they are just differently abled"



Pemenang Saguhati Liga Remaja Kreatif 2013 Peringkat Wilayah Persekutuan

Thursday, October 17, 2013

Semua guru diminta supaya menjalani Ujian Kompetensi ICT melalui pautan berikut:
http://ict-kpm.azurewebsites.net/

Ujian ini akan dibuka secara dalam talian pada 17 Oktober 2013 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah malam pada 22 Oktober 2013 (Selasa). Ujian boleh diakses 24 jam di pautan http://ict-kpm.azurewebsites.net. Ujian tersebut mengandungi 30 soalan yang wajib dijawab kesemuanya dalam tempoh 40 minit.


Ujian Kompetensi ICT

TARIKH  : 23 Ogos 2013
HARI       : Jumaat
TEMPAT : Gelanggang SM Pendidikan Khas Setapak
MASA     : 10.00 pagi - 1.00 tengahari

AKTIVITI DAN PENYERTAAN SEPANJANG JAMUAN
PENYERTAAN : semua guru,staf dan pelajar


ATURCARA :
7.45 pagi              : P & P berjalan seperti biasa
10.00 pagi            : Murid dan guru berkum di gelanggang
10.30 pagi            : Ucapan Pengerusi majlis
                    Ucapan  Pengerusi Kelab Guru
                    Ucapan  Puan Norhayati Shariff
                    Ucapan  Tuan Pengetua
11.30 pagi            : Persembahan
                   Jamuan raya bermula
1.05 tengahari      : Bersurai

OBJEKTIF:

i.     Meraikan hari kebesaran Islam di kalangan guru,murid dan staf SM Pendidikan Khas 
     Setapak.
 ii.    Mengeratkan silaturrahim di antara warga sekolah dengan murid.
iii.  Mewujudkan semangat 1Malaysia dan perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan 
     para pelajar yang berbilang bangsa dan agama.
iv. Menyampaikan bantuan dan sumbangan duit raya kepada pelajar

SM Pendidikan Khas Setapak telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri dan disertai dengan Majlis Persaraan Puan Norhayati Sharif. Majlis ini telah telah dianjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan dan telah dimeriahkan dengan kehadiran semua guru,staf dan juga murid-murid . Program ini merupakan salah satu agenda tahunan yang dijalankan oleh Kelab Guru sebagai pengisian bidang ilmu sosial dan riadah murid.
Majlis juga diadakan untuk meraikan staf sekolah ,Puan Norhayati Shariff yang akan bersara setelah menabur khidmat selama 32 tahun di SMPK Setapak. Majlis yang dipengerusikan oleh Saudari Suzana Samad dan Saudara Mohd Hidayat ini diteruskan pula dengan bacaan doa oleh Cikgu Zakaria untuk memberkati majlis.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan , Cikgu Zaini bin Baharun. Dalam ucapan tersebut, segala jasa dan usaha Puan Norhayati (Panggilan mesra “Kak Yati’) telah disentuh. Beliau telah memulakan khidmat di sekolah ini sebagai tukang masak seawal usia 18tahun,memastikan makanan disajikan kepada pelajar-pelajar bertahun-tahun lamanya,sehingga ada guru-guru di sekolah ini pernah mengenali Kak Yati.Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau dekat dengan seluruh warga sekolah. Seterusnya, Puan Norhayati @ Kak Yati dijemput untuk menyampaikan ucapan. Jelas kelihatan kesedihan di raut wajah beliau ketika beliau ingin menyampaikan ucapan. Setelah 32 tahun berkhidmat di SMPK Setapak dengan pelbagai cerita suka dan duka tetapi banyak perkara telah dijalankan untuk kebaikan warga sekolah.Akhir sekali,Tuan Pengetua En. Jalaluddin Yusof mewakili pihak pentadbir memberikan ucapan. Dalam ucapannya tersebut, Tuan Pengetua mengucapkan selamat bersara kepada Puan Norhayati dan menghargai setiap tugas yang disumbangkan kepada sekolah sejak sekian lama.
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah. Bagi memulakan upacara penyampaian hadiah, wakil pelajar iaitu saudara Hanif bin Jaafar  dijemput untuk menyampaikan bagi pihak pelajar diikuti oleh En. Jalaluddin Yusof bagi pihak guru.Acara jamuan hari raya diserikan dengan persembahan nyanyian dari guru dan pelajar.

Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang dapat mencacatkan majlis.



Pengacara Majlis

Bacaan Doa

Pengacara Majlis

Ucapan Pengetua

Ucapan Persaraan Pn. Norhayati 

Penyerahan Cerdahati oleh Murid

Penyerahan Cerdahati oleh Pengetua

Penyerahan Cerdahati oleh Pengetua

Penyerahan Cerdahati oleh Guru

Jamuan dimulai

Persediaan jamuan

Suasana majlis

Disediakan oleh,



ZAPIDAH BINTI HUSAIN
Setiausaha
Kelab Guru & Kakitangan Sokongan



MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN PERSARAAN PUAN NORHAYATI SHARIFF PERINGKAT SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK

Friday, August 23, 2013
Tarikh    : 29 Julai 2013
Masa     : 7.30 pagi – 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SMPK Setapak

Majlis peletakan dan pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penyerahan watikah pelantikan kepada pengawas PSS yang baru. Inspektor Wan Shahidan b Wan Nawi telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini. Objektif majlis ini adalah untuk menyemai sifat kepimpinan dalam kalangan pengawas PSS dan juga bagi menonjolkan peranan serta fungsi mereka sebagai idola kepada para pelajar yang lain.






Disediakan oleh,
Puan Rubashini Ramakrishnan
Guru Perpustakaan dan Media 2013

MAJLIS PELETAKAN DAN PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) 2013

Saturday, August 10, 2013
Panitia Sejarah SMPK Setapak sekali lagi telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program bersempena sambutan Bulan Patriotik pada tahun ini selaras dengan ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Sesungguhnya, sambutan Bulan Patriotik merupakan acara tahunan bagi SM Pendidikan Khas Setapak yang memberi kesempatan kepada warga sekolah ini agar tidak terkecuali dalam menilai erti sebuah kemerdekaan serta melahirkan semangat patriotisme. Selaras dengan tema sambutan tahun ini, "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku", antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah kuiz harian sejarah, nyanyian lagu-lagu patriotik oleh murid-murid kelas Murni, pertandingan mencipta sajak (bagi murid menengah rendah dan murid menengah atas) yang bertemakan tema sambutan Bulan Kemerdekaan Kebangsaan pada tahun ini. Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri juga telah dikibarkan di sekitar kawasan sekolah. Bacaan biodata tokoh juga telah diadakan pada waktu perhimpunan rasmi. Di samping itu, lagu-lagu patriotik juga telah diperdengarkan sebelum waktu persekolahan pada setiap pagi dan waktu rehat pada setiap hari persekolahan (kecuali pada minggu Peperiksaan Percubaan SPM). Upacara pembukaan dan penutupan rasmi sambutan bulan patriotik peringkat sekolah telah disempurnakan oleh En. Jalaluddin bin Yusof, Pengetua SMPK Setapak pada 19 Ogos 2013 (pembukaan) dan En. Mohd. Hanafiah bin Mohd. Noor, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum pada 23 September 2013 (penutupan). Hadiah-hadiah bagi pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang tempoh pelaksanaan Bulan Patriotik 2013 telah disampaikan kepada pemenang-pemenang semasa upacara penutupan.





Disediakan oleh,
Pn. Siti Nur Shuhada Chong bt. Abdullah
Ketua Panitia Sejarah

SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK

Saturday, August 3, 2013
Tarikh    : 29 Julai 2013
Masa     : 7.40 pagi - 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan SMPK Setapak


Majlis peletakan dan pelantikan Pengawas bagi sesi 2013/2014 merupakan satu acara tahunan sekolah dan begitu bermakna bagi pengawas sekolah. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban tugas yang dipikul oleh pengawas tingkatan 5, di samping menyerahkan watikah pelantikan kepada pengawas yang baharu. Bagi memberi makna yang lebih mendalam dalam kalangan pengawas, pihak sekolah telah menjemput Inspektor Wan Shahidan b Wan Nawi, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah bagi menyampaikan watikah pelantikan serta merasmikan majlis tersebut. 

Barisan Pengawas bersedia menjalankan tugas

Simbolik penyerahan tugas oleh Ketua Pengawas sesi 2012/2013 kepada Ketua Pengawas sesi 2013/2014

Penyampaian watikah pelantikan pengawas baharu oleh Inspektor Wan Shahidan

Ucapan perasmian oleh Inspektor Wan Shahidan



Disediakan oleh,
Noorfaziha Hassan
Guru Lembaga Pengawas


MAJLIS PELETAKAN DAN PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2013/2014

Monday, July 29, 2013
Tarikh    :  8 Julai 2013 – 2 Ogos 2013
Tempat  :  Gelanggang Goalball SMPK Setapak

  • Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan, Minggu Dakwah dan Tabung Infaq Ramadhan

Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 1434 H telah disempurnakan oleh En. Jalaluddin bin Yusof, Pengetua SMPK Setapak pada 8 Julai 2013 bersamaan 29 Sya’ban 1434 H. Program ini bermatlamat dapat menyemarakkan semangat berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dalam kalangan warga SMPK untuk melaksanakan amalan-amalan wajib dan sunat yang sangat dituntut pada bulan Ramadhan.

Hasil sumbangan daripada para guru dan staf SMPK Setapak, Tabung Infaq Ramadhan yang telah dilancarkan pada hari perasmian program telah berjaya mengutip dana sebanyak RM 2157.00 bagi perbelanjaan dana bingkisan Aidilfitri. Dana Bingkisan Aidilfitri ini digunakan bagi membantu pelajar miskin, yatim dan yatim piatu. Sebanyak RM 900 pula telah disumbangkan khusus untuk memberi bantuan zakat kepada beberapa pelajar yang terpilih.

Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, dengan doa semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya serta mempermudahkan segala urusan yang baik.

  • Minggu Dakwah Peringkat SMPK Setapak

Bersempena Minggu Dakwah peringkat sekolah, lima pertandingan telah berjaya dijalankan iaitu Pertandingan Menghafaz Juz 30, Pertandingan Menghafaz al-Ma’thurat, Pertandingan Bercerita Kisah daripada al-Quran, Kuiz Thaqafah Islami dan Pertandingan Nasyid. Dengan adanya pertandingan-pertandingan seperti ini, para pelajar berpeluang menonjolkan bakat dan kebolehan di samping menambahkan ayat-ayat hafazan atau ilmu-ilmu pengetahuan berkaitan Islam dalam diri masing-masing. Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menjayakan aktiviti-aktiviti ini dan berharap semoga semangat beribadah ini akan terus kekal dan istiqamah.
  •  Majlis Berbuka Puasa 1434 H Bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Khas

Majlis Berbuka Puasa warga SMPK Setapak bersama Pengarah Bahagian Pendidikan Khas telah dilaksanakan pada 20 Julai 2013 daripada 6.30 petang sehingga 10.00 malam bertempat di Gelanggang Goalball SMPK. Majlis yang ditaja sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum para hadirin menjamah hidangan berbuka puasa. Majlis diteruskan dengan menunaikan ibadah Solat Tarawih berjemaah dan Jamuan Moreh.
  •  Solat Zohor Berjemaah, Bacaan Yasin dan Tazkirah Ringkas

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak, semua warga SMPK yang beragama Islam berpeluang berkumpul di gelanggang serbaguna pada jam 1.10 tengah hari untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah. Seterusnya, jemaah akan bersama-sama mendengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Zamani atau guru-guru lelaki yang terpilih secara bergilir.
  •  Program Tadarus Guru dan Staf SMPK serta Majlis Khatam al-Quran


Majlis Khatam al-Quran ini telah dilaksanakan pada Jumaat, 2 Ogos 2013 iaitu pada hari akhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Program tadarus ini dilaksanakan dalam kalangan guru dan staf SMPK di mana masing-masing diberi tugasan membaca sekurang-kurangnya setengah juzuk al-Quran untuk dibaca sepanjang Ramadhan secara individu atau berkumpulan. Semoga kalamullah yang dibaca ini akan terus meniti di bibir-bibir kita walaupun Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita.

Berbuka Puasa Bersama BPK

Penyampaian Bingkisan Aidilfitri

Bantuan Zakat

       Solat Zohor Berjemaah   

Majlis Khatam al-Quran 

Solat Tarawih Berjemaah



Disediakan oleh,
Ustazah Noraini binti Taha
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam

LAPORAN IHYA’ RAMADHAN 1434 H DAN AKTIVITI BULAN DAKWAH PERINGKAT SEKOLAH

Monday, July 8, 2013


Tema sambutan HKS pada tahun ini adalah ‘Koperasi : Bersatu untuk Persekitaran Sejagat’. HKS menjadi antara acara yang dinantikan setiap tahun kerana pada waktu ini, semua warga sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), ALUMNI sekolah bersama-sama pihak luar dapat bergabung tenaga dan idea untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi meriah. Pada tahun ini pihak koperasi berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Bidang Teknik dan Vokasional sekolah dalam pelaksanaan HKS bersama-sama Minggu Teknik dan Vokasional peringkat sekolah yang telah dijalankan serentak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan ini adalah Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Memasak dan Ceramah Pendidikan Kepenggunaan. Kemuncak sambutan HKS dimeriahkan dengan gerai-gerai yang dibuka oleh warga sekolah dan juga pihak luar seperti Gerai Ice-blended (Persatuan Matematik), Gerai Rojak Oh Rojak (Kadet Remaja Sekolah) dan Gerai Candy (Panitia Bahasa Inggeris) serta Gerai Jualan Kad Ucapan (Kelab ICT). Sambutan juga dihiburkan dengan Pertandingan Teh Tarik dan acara abseiling. Sokongan dan penglibatan semua pihak menjadi pemangkin untuk Ahli Lembaga Koperasi bekerja dengan lebih gigih dalam menganjurkan sambutan HKS pada tahun hadapan.


Pengacara Majlis

Saguhati dari Koperasi

Ucapan dari Pengetua dan Perasmian Majlis 

Perasmian tanam pokok dibelakang koperasi

Pertandingan Teh Tarik

Gerai Jualan

Sudut Abseiling

HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS)

Saturday, June 29, 2013
Kem Kecemerlangan Sains PMR dan SPM tahun 2013 merupakan satu program khas dirancang oleh Panitia Sains untuk membantu murid-murid membuat persediaan sebelum tibanya hari peperiksaan PMR dan SPM yang diadakan pada 21 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013 bertempat Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang.  Kem ini telah menjadi rutin tahunan bagi Panitia Sains. Antara objektif utama program ini adalah memastikan peningkatan kualiti prestasi kelulusan subjek Sains bagi peperiksaan PMR bertambah baik dan prestasi SPM dikekalkan, mempertingkatkan tahap komunikasi, motivasi dan keyakinan diri murid menerusi kaedah mentor-mentee (modul Sains) dan membuktikan fakta-fakta Sains berkaitan alam sekitar menerusi aktiviti 'outdoor' seperti 'flying fox'. Fasilitator yang terlibat adalah semua guru Sains dan dua orang pembantu pengurusan murid. Program ini telah berjalan dengan lancar dengan bantuan guru-guru, pembantu pengurusan murid dan juga murid-murid.




Disediakan oleh,

Cik Gayitri a/p Kanabiran
Ketua Panitia Sains

KEM KECEMERLANGAN SAINS PMR DAN SPM 2013

Friday, June 21, 2013
Minggu Teknik dan Vokasional merupakan satu program yang di anjurkan oleh Panitia Perdagangan dan Kemahiran Hidup dan disambut pada 17 hingga 29 Jun 2013. Pelbagai aktiviti telah dijalankan  untuk semua pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak bagi menjadikan minggu tersebut padat dengan aktiviti yang menarik dan berfaedah kepada pelajar.

Majlis Pelancaran Minggu Teknik & Vokasional (17 Jun)


Pn. Muspirah bt Ahmad Salim memberi ucapan dan menerangkan aktiviti sepanjang MingguTeknik & Vokasional di Gelanggang Perhimpunan

Pertandingan Memasak ( 18 Jun)



Pelajar kelas murni seronok melibatkan diri dalam aktiviti memasak yang diadakan di Bilik Pengurusan Diri pada 18 Jun 2013
  
Pertandingan Persembahan Multimedia (19 Jun )



Pelajar menunjukkan bakat ICT mereka dalam Pertandingan persembahan multimedia yang dijalankan di Makmal Komputer.

                                      Pertandingan Menggubah  Bunga ( 20 Jun)


Pelajar menunjukkan bakat dan kreativiti mereka dalam kemahiran mengubah Bunga yang diadakan di Bilik Pengurusan Diri. Malahan pelajar lelaki juga menunjuukan minat mereka dalam pertandingan ini.


Pelbagai pertandingan diadakan secara serentak pada  Hari Koperasi Sekolah …..Diantaranya adalah Pertandingan Gerai Terbaik, Pertandingan DJ, Pertandingan Teh Tarik

Pertandingan gerai terbaik


Diantara gerai –gerai yang yang dibuka pada hari koperasi

Pertandingan Teh Tarik


Pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan teh tarik


Majlis Penutup Minggu Teknik & Vokasional ( 8 Julai)



En.Hanafiah b. Mohd Noor  menyampaikan hadiah kepada semua pemenang sempena Minggu Teknik dan Vokasional

Program Minggu Teknik dan Vokasional telah berjaya dijalankan dan program ini telah mendapat sambutan dan galakan dari semua pihak.  Murid-murid juga dapat menguji kemahiran mereka melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.  Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara murid dengan murid dan antara murid dengan guru.

Disediakan oleh,
PN.KALAIARASI SUPRAMANIUM
KETUA  PANITIA PERDAGANGAN



MINGGU TEKNIK DAN VOKASIONAL

Monday, June 17, 2013


Penerangan daripada Penasihat Program Minggu Nilam dan Pusat Sumber mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang minggu tersebut iaitu bermula 10 Jun-15 Jun 2013.



Gimik Pelancaran oleh pelajar sempena Minggu Nilam dan Pusat Sumber Sekolah yang disampaikan dalam bahasa Jepun.


Program Pelancaran Minggu Nilam dan Pusat Sumber Sekolah Tahun 2013 diadakan pada 10 Jun 2013 dan dirasmikan oleh Pengetua SMPK, En. Jalaluddin B. Yusof.
Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang Minggu Nilam dan Pusat Sumber Sekolah adalah seperti berikut:
Aktiviti : Menyalin dan Membraille Petikan Pendek
Hari : Isnin
Tarikh : 10 Jun 2013
Tempat :Kelas Murni
Peserta : Pelajar Kelas Murni
Guru Yang Terlibat : En. Mohd Rafidi Dan En. Ahmad Hafzan.



Aktiviti : Membaca braille dan Petikan Komsas
Hari : Selasa
Tarikh : 11 Jun 2013
Tempat : Makmal Bahasa
Peserta : Pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.
Guru Yang Terlibat : En. Mohd Jais,  En. Mohd Rizal Tan dan Cik Anita.


Aktiviti : Syarahan dan Public Speaking (Individu-MA)
Hari : Selasa
Tarikh : 11 Jun 2013
Tempat : Bilik Media
Peserta : Pelajar Tingkatan 1,2 dan 3.
Guru Yang Terlibat : Cik Siti Aisyah, Cik Saadah dan Cik Norfaeazah.


       Forum  Bahasa Melayu Pelajar 4  Forum Bahasa Inggeris (Tingkatan 5)

Aktiviti : Forum MA-BM Tingkatan 4, BI Tingkatan 5
Hari : Rabu
Tarikh : 12 Jun 2013
Tempat : Bilik Media
Peserta : Pelajar Tingkatan 4 dan 5.
Guru Yang Terlibat : Cik NoorFaziha, Puan Lili, Puan Zinaida dan Cik Nernny.

Aktiviti : Giant Book
Hari : Isnin-Sabtu
Tarikh : 10 – 14 Jun 2013
Peserta : Semua Pelajar SMPK.
Guru Yang Terlibat : Puan Rubashini, Puan Noorhasmawati dan En.Fekkeri.




Pada 15 Jun 2013, Pihak Yayasan Kepimpinan Perdana dan Perpustakaan Negara bekerjasama dengan pihak sekolah sempena Minggu Nilan dan Pusat Sumber. Antara aktiviti yang telah berlangsung adalah seperti berikut:

a)      Taklimat dan Senaman Pagi


Taklimat oleh Wakil dari Yayasan Kepimpinan Perdana tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut.


Senaman Pagi yang diketuai ole En. Mazdi, En.Karim dan Cik Gayitri.

b)      Info Hunt
Info Hunt merupakan satu aktiviti yang menguji pengetahuan dan kemahiran mencari maklumat yang terdapat di sekitar sekolah. Para pelajar dibahagikan kepada 20 kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga lima orang pelajar. Masa yang diberikan adalah selama  satu jam dari Jam 9.35 sehingga Jam 10.35 pagi. Pemenang diadili berdasarkan ketepatan jawapan dan di hantar paling awal kepada pengadil daripada Yayasan Kepimpinan Perdana.


c)      Congkak
Pertandingan congkak disertai oleh pelajar tingkatan satu hingga tiga.  Pertandingan ini merupakan acara individu. Pihak Yayasan Kepimpinan Perdana telah menyediakan lima congkak untuk pertandingan tersebut. 

d)     Bercerita
Pertandingan bercerita hanya disertai oleh beberapa orang pelajar sahaja. Tajuk cerita yang perlu dipertandingkan adalah Kepentingan Membaca.



e)      Catur
Pertandingan Catur disertai oleh pelajar tingkatan satu hingga tiga.  Pertandingan ini merupakan acara individu.


f)       Sahiba
Pertandingan Sahiba disertai oleh pelajar tingkatan satu hingga tiga.  Pertandingan ini juga merupakan acara individu. Pemenang dikira berdasarkan bilangan perkataan yang paling banyak dibina.



g)      Kotak Beracun
Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan besar. Mereka diminta supaya menyusun kedudukan menjadi bentuk bulat. Permainan bermula dengan alunan muzik dan pelajar diarahkan untuk menggerakkan kotak beracun tersebut kepada ahli kumpulan masing-masing. Apabila muzik dihentikan, pelajar yang sedang memegang kotak beracun perlu mengambil satu kad yang terdapat di dalam kotak tersebut dan melakonkan situasi yang tercatat pada kad.


h)      Telefon Karat
Pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan besar. Pelajar pertama perlu membaca teks yang disediakan dan perlu menyampaikan mesej tersebut kepada peserta kedua. Peserta kedua akan menyampaikan mesej yang sama kepada peserta yang lain dan aktiviti itu akan diteruskan kepada peserta terakhir.                                                                                                                                                                                

i)      Penyampaian Hadiah.
Penyampaian Hadiah diberikan kepada semua pemenang.

j)      Pembentangan Kertas Kerja



Terdapat beberapa acara yang berlangung dari jam 4.30 hingga 5.30 petang iaitu Acara Penutup.
Acara penutup ini juga melibatkan :

a)      Persembahan Pelajar


 


b)      Bacaan Doa
Bacaan doa telah disempurnakan oleh pelajar tingkatan 4 iaitu Amirul Syafiq.


c)      Ucapan Alu-Aluan oleh Pengetua Sekolah.


d) Ucapan penutup oleh Puan Zarina Abu Bakar , Pengurus Besar Yayasan Kepimpinan Perdana.



e)   Ucapan Penutup dan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Raslin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.


f)       Penyampaian Hadiah Dan Sijil Penyertaan

g)      Sesi Fotografi




Disediakan oleh:
Guru-guru pratikal dari UKM.








MINGGU NILAM DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK

Saturday, June 15, 2013

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -