Monday, June 17, 2013
Minggu
Teknik dan Vokasional merupakan satu program yang di anjurkan oleh Panitia
Perdagangan dan Kemahiran Hidup dan disambut pada 17 hingga 29 Jun 2013.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk
semua pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak bagi menjadikan minggu
tersebut padat dengan aktiviti yang menarik dan berfaedah kepada pelajar.
Majlis Pelancaran
Minggu Teknik & Vokasional (17 Jun)
Pn.
Muspirah bt Ahmad Salim memberi ucapan dan menerangkan aktiviti sepanjang
MingguTeknik & Vokasional di Gelanggang Perhimpunan
Pertandingan Memasak ( 18 Jun)
Pelajar kelas murni seronok melibatkan diri dalam
aktiviti memasak yang diadakan di Bilik Pengurusan Diri pada 18 Jun 2013
Pertandingan Persembahan
Multimedia (19 Jun )
Pelajar menunjukkan bakat ICT mereka dalam
Pertandingan persembahan multimedia yang dijalankan di Makmal Komputer.
Pertandingan
Menggubah Bunga ( 20 Jun)
Pelajar menunjukkan bakat dan kreativiti mereka dalam
kemahiran mengubah Bunga yang diadakan di Bilik Pengurusan Diri. Malahan
pelajar lelaki juga menunjuukan minat mereka dalam pertandingan ini.
Pelbagai pertandingan diadakan secara serentak
pada Hari Koperasi Sekolah
…..Diantaranya adalah Pertandingan Gerai Terbaik, Pertandingan DJ, Pertandingan
Teh Tarik
Pertandingan gerai terbaik
Diantara gerai –gerai yang yang dibuka pada hari
koperasi
Pertandingan Teh Tarik
Pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan teh
tarik
Majlis Penutup Minggu
Teknik & Vokasional ( 8 Julai)
En.Hanafiah b. Mohd Noor menyampaikan hadiah kepada semua pemenang
sempena Minggu Teknik dan Vokasional
Program Minggu Teknik dan Vokasional
telah berjaya dijalankan dan program ini telah mendapat sambutan dan galakan dari
semua pihak. Murid-murid juga dapat
menguji kemahiran mereka melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Di samping itu, aktiviti-aktiviti yang
dijalankan ini dapat mengeratkan silaturrahim antara murid dengan murid dan
antara murid dengan guru.
Disediakan oleh,
PN.KALAIARASI SUPRAMANIUM
KETUA PANITIA
PERDAGANGAN