Friday, June 21, 2013

Kem Kecemerlangan Sains PMR dan SPM tahun 2013 merupakan satu program khas dirancang oleh Panitia Sains untuk membantu murid-murid membuat persediaan sebelum tibanya hari peperiksaan PMR dan SPM yang diadakan pada 21 Jun 2013 hingga 23 Jun 2013 bertempat Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang.  Kem ini telah menjadi rutin tahunan bagi Panitia Sains. Antara objektif utama program ini adalah memastikan peningkatan kualiti prestasi kelulusan subjek Sains bagi peperiksaan PMR bertambah baik dan prestasi SPM dikekalkan, mempertingkatkan tahap komunikasi, motivasi dan keyakinan diri murid menerusi kaedah mentor-mentee (modul Sains) dan membuktikan fakta-fakta Sains berkaitan alam sekitar menerusi aktiviti 'outdoor' seperti 'flying fox'. Fasilitator yang terlibat adalah semua guru Sains dan dua orang pembantu pengurusan murid. Program ini telah berjalan dengan lancar dengan bantuan guru-guru, pembantu pengurusan murid dan juga murid-murid.




Disediakan oleh,

Cik Gayitri a/p Kanabiran
Ketua Panitia Sains

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -