Saturday, June 29, 2013



Tema sambutan HKS pada tahun ini adalah ‘Koperasi : Bersatu untuk Persekitaran Sejagat’. HKS menjadi antara acara yang dinantikan setiap tahun kerana pada waktu ini, semua warga sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), ALUMNI sekolah bersama-sama pihak luar dapat bergabung tenaga dan idea untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan tetapi meriah. Pada tahun ini pihak koperasi berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Bidang Teknik dan Vokasional sekolah dalam pelaksanaan HKS bersama-sama Minggu Teknik dan Vokasional peringkat sekolah yang telah dijalankan serentak. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan ini adalah Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Memasak dan Ceramah Pendidikan Kepenggunaan. Kemuncak sambutan HKS dimeriahkan dengan gerai-gerai yang dibuka oleh warga sekolah dan juga pihak luar seperti Gerai Ice-blended (Persatuan Matematik), Gerai Rojak Oh Rojak (Kadet Remaja Sekolah) dan Gerai Candy (Panitia Bahasa Inggeris) serta Gerai Jualan Kad Ucapan (Kelab ICT). Sambutan juga dihiburkan dengan Pertandingan Teh Tarik dan acara abseiling. Sokongan dan penglibatan semua pihak menjadi pemangkin untuk Ahli Lembaga Koperasi bekerja dengan lebih gigih dalam menganjurkan sambutan HKS pada tahun hadapan.


Pengacara Majlis

Saguhati dari Koperasi

Ucapan dari Pengetua dan Perasmian Majlis 

Perasmian tanam pokok dibelakang koperasi

Pertandingan Teh Tarik

Gerai Jualan

Sudut Abseiling

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -