Thursday, May 23, 2013


Pada 23 Mei 2013, Hari terbuka sekolah diadakan bertujuan untuk penyerahan buku rekod peperiksaan pelajar kepada ibubapa pelajar tersebut. Guru tingkatan akan memberitahu tentang prestasi anak mereka di sekolah ini. Sebelum semua ibu bapa pelajar berjumpa guru tingkatan, satu taklimat SaranaIB telah disampaikan oleh Puan Muspirah.
                Kerjasama dengan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justerunya, hari terbuka yang diadakan  pelajar diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa mula membanjiri perkarangan  sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diiringi para pelajar menuju ke gelanggang serbaguna  SMPK dimana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung.
                Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka. Ibubapa juga dilihat professional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu maklamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing. Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petandabaik bagi keseluruhan warga SMPKS. Akhirnya, pada jam 12 tengahari guru-guru mula meninggalkan gelanggang. 





- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -