Thursday, May 23, 2013

Pada hari Khamis bersamaan 23 Mei 2013, suasana yang ceria bertukar menjadi hiba tatkala En John Cheah Kheng Ho memberikan ucapannya yang terakhir di tapak perhimpunan SMPKS. Ucapan beliau juga memberi pesanan kepada warga SMPKS , mengalukan beliau turut serta bersama sekiranya memerlukan beliau hadir bagi  khidmat bantu di SMPKS. Pihak koperasi telah menyampaikan cerdahati kepada beliau kerana banyak berjasa di sekolah ini. En John Cheah  Kheng Ho merupakan seorang guru telah berkhidmat di sekolah ini selama 15 tahun. Beliau mengajar dalam subjek Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni. 



“ Berjumpa dan berpisah adat manusia biasa,
   Hilang di mata tapi di hati tidak lupa,
   Berdoalah kita agar aman dan sentosa,
   Semoga kita berjumpa lagi lain masa. ”


           

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -