Thursday, May 16, 2013
16 Mei 2013 merupakan tarikh keramat bagi guru-guru ini kerana Hari Guru
di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para
guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama
dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi
negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak
Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Bagi
SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak pelbagai aktiviti telah
dijalankan bagi meraikan guru-guru. Pelbagai persiapan awal telah disusun rapi
oleh Jawatankuasa Kelab Guru & Kakitangan serta para guru memandangkan
sambutan Hari Guru Tahun 2013 menjadi pilihan TV3 untuk disiarkan secara
langsung di Malaysia Hari Ini(MHI) pada pagi 16 Mei 2013.
Pada hari kemuncak pada 16 mei 2013 yang bersiaran secara langsung di
Malaysia Hari ini bermula jam 7 pagi, acara pembukaan dimulakan dengan
persembahan dari band sekolah, perarakan guru-guru dengan iringan paluan
kompang dan bunga manggar dari Blok Pentadbiran ke Dataran Goalball. Setibanya
di Dataran Goalball, guru-guru mengambil tempat masing-masing seterusnya
menyanyikan lagu sekolah dan bacaan doa.Pihak TV3 mengambil kesempatan juga
untuk menemubual Tuan Pengetua, wakil guru cemerlang, pelajar
cemerlang,guru-guru dan pelajar-pelajar. Sesi
pertama sambutan dimulakan dengan acara ucapan wakil pelajar, wakil guru
diikuti Perutusan Menteri pelajaran dan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia. Selepas perutusan dibacakan guru-guru berkumpul nyanyikan Lagu Guru
Malaysia dan lagu tema Hari Guru “1 Aspirasi, 1Agenda” diikuti dengan acara sesi
seterusnya acara permainan Goalball bagi guru lelaki dan pelajar lelaki dan
acara sukaneka.Sesi persembahan diisi dengan persembahan dari Duxbury Band,
syair dan dikir barat. Acara-acara lain yang memenuhi program sambutan adalah
penyampaian hadiah kepada pemenang,anugerah khas, anugerah-anugerah untuk guru
dan pekerja dan acara santai.Acara ditamatkan dengan jamuan guru.
Disediakan oleh,
ZAPIDAH BINTI HUSAIN
Setiausaha
Kelab Guru & Kakitangan Sokongan