Friday, May 24, 2013
Pengenalan
Seramai 28 orang peserta dan 18
orang guru /PPM telah menyertai perkhemahan perdana 2013 yang diadakan pada 24
hingga 28 Mei 2013 bertempat di Teluk Kekir Pulau Perhentian Besar, Terengganu.
Perkhemahan ini diadakan bertujuan mendedahkan para pelajar dengan kehidupan
marin, membina daya tahan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial dalam
menempuh cabaran alam semula jadi. Selain itu, para pelajar dapat meningkatkan
tahap kecergasan diri mereka, membina modal insan yang seimbang dan melahirkan
generasi yang mengamalkan gaya hidup sihat. Berikut adalah laporan aktiviti
yang dijalankan sepanjang perkhemahan ini berlangsung.
Aktiviti
yang dijalankan
Sepanjang perkhemahan ini
berlangsung, terdapat beberapa aktiviti dijalankan seperti snorkeling, scuba
diving, jungle tracking, persembahan, ice breaking dan sebagainya.
- Ice breaking
- Persembahan
- Snorklin
- Scuba
- Jungle tracking
- Lain-lain
Laporan
aktiviti
24 Mei 2013- pada waktu pagi, tengah hari dan
petang, para pelajar beserta guru dan PPM mengemas barang-barang perkhemahan ke
dalam bas sekolah. Pada waktu malam pula, selepas solat isyak, rombongan
perkhemahan memulakan perjalanan dari sekolah Jeti kuala Besut untuk ke Teluk
Kekir Pulau Perhentian Besar, Terengganu. Rombongan bertolak pada pukul 10.30
malam.
25 Mei 2013- Pada pukul 5.30 pagi, rombongan singgah
di masjid Kampung Fikri, Setiu Terengganu untuk menunaikan solat subuh. Selepas
tu rombongan bergerak semula menuju ke Jeti Kuala Besut. Sampai di jeti,
rombongan singgah di restoran yang telah di tempeh khas untuk sarapan pagi.
Selesai makan, rombongan memulakan perjalanan menuju Teluk Kekir Pulau
Perhentian Besar menaiki bot laju. Pada tengah hari, peserta sampai di tempat
perkhemahan. Mereka terus mengemas barang-barang perkhemahan, mendirikan khemah
dan membina dapur untuk memasak serta khemah pusat untuk di jadikan dewan
serbaguna
Setelah selesai kerja-kerja tersebut, peserta
perkhemahan menjamu selera dan menunaikan solat jamak qasar secara berjemaah.
Selesai solat, para peserta dan guru menjalankan aktiviti yang dinamakan
sebagai “orientasi dan mobiliti”untuk menyesuaikan diri kawasan sekitar. Pada
sebelah petang para peserta didedahkan mengenai pengenalan dan peralatan
snorkling dan kaedah-kaedah untuk melakukan snorkling. Peserta diajar oleh instructor yang berpengalaman iaitu barisan Jurulatih Kebangsaan
Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur yang mengajar fungsi dan pemakaian jaket
keselamatan.
Di samping itu, kami diajar bagaimana bernafas
menggunakan J-tube. Apabila senja menjelma semua peserta menyiapkan diri
untuk menunaikan solat berjemaah. Dan seterusnya menikmati makan malam.
Aktiviti pada waktu malam tidak dapat dijalankan kerana pada malam tersebut
berlaku ribut dan angin kencang melanda tempat perkhemahan yang menyebabkan
beberapa khemah hampir tumbang. Semua peserta berasa amat beryukur kerana angin
tersebut tidak berlarutan sepanjang malam dan semua peserta selamat.
26 Mei 2013- Para peserta bangun 5.30 pagi untuk
persiapan menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, perserta melakukan
aktiviti senaman pagi. Aktiviti ini dikendalikan oleh Cikgu Noralia bt Malik.
Selesai bersenam, para peserta pulang ke tempat perkhemahan dan menjamu selera,
sarapan pagi. Kini telah tiba masanya untuk jungle tracking. Semua peserta akan
mengikuti aktiviti mencabar iaitu meredah hutan yang diiringi oleh instructor yang berpengalaman dan
beberapa orang guru.
Aktiviti ini mendedahkan kepada peserta akan suasana
hutan yang terdiri daripada flora dan fauna serta keindahan dan kebesaraan
ciptaan Ilahi. Di sini para peserta dapat melihat pokok tongkat Ali dan
menerokai laluan hutan. Aktiviti tersebut dapat memupuk kerjasama antara
pelajar di samping menyihatkan badan dan menguji ketahanan peserta untuk
mengharungi cabaran di dalam hutan.
Setelah Selesai sudah meredah
hutan, para peserta berehat seketika sementara menunggu masa makan tengah hari
dan solat berjemaah.
Pada waktu petang pula, peserta
dikehendaki untuk turun ke laut untuk acara “keyakinan di air dan scuba diving”.
Aktiviti kali ini agak lama kerana instructor
mengajar peserta membina keyakinan diri terhadap air dan mencuba aktiviti
scuba. Scuba merupakan aktiviti menyelam menggunakan gas oksigen.
Melalui
aktiviti ini, peserta berpeluang untuk menyelam di dasar laut. Aktiviti ini
amat mencabar dan memberi pengalaman yang baru kepada para peserta tentang
aktiviti air.
Selesai
aktiviti tersebut, para peserta bersiap untuk solat berjemaah, tazkirah dan
makan malam. Seperti hari semalam, aktiviti pada waktu malam tidak dapat
dijalankan kerana ribut dan angin kencang melanda tempat perkhemahan kami.
27 Mei 2013- Seperti biasa, aktiviti dimulakan
dengan solat berjemaah dan bersenam. Selesai bersenam, para peserta menjamu
selera, mengisi perut untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Aktiviti yang
ditunggu-tunggu telah tiba iaitu snorkling “Kembara pulau”.
Antara
tempat-tempat yang dilawati ialah Taman Laut Pulau Perhentian dan Air Berani. Para
peserta dapat menerokai kehidupan laut yang cantik dan unik serta melihat
hidupan laut eperti ikan Nemo dan rumpai laut yang cantik dan indah.
Selesai snorkling, para peserta pulang ke khemah dan
bersiap sedia untuk makan tengah hari dan solat berjemaah. Aktiviti waktu
petang pula peserta menjalankan ice-breaking.
Semasa sesi ice-breaking, peserta dibahagikan
kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan iaitu menamakan
kumpulan, mencipta trade mark kumpulan
dan merancang persembahan untuk aktiviti malam nanti. Pada waktu malam pula,
selepas selesai solat berjemaah, aktiviti dimulakan dengan ucapan oleh
Pengetua. Seterusnya, kami membuat persembahan. Setiap kumpulan diminta
mempersembahankan persembahan mereka. Aktiviti pada malam tersebut berjalan
dengan lancar dan menghiburkan selepas itu peserta menjamu selera dengan
makanan yang sedap dan enak. Selepas menikmati makan malam, peserta mula
mengemas barang-barang masing-masing dan bersiap sedia untuk pulang ke Jeti Kuala
Besut pada esok harinya..
28 Mei 2013- Seperti biasa, aktiviti dimulakan
dengan solat berjemaah dan bersenam. Selesai bersenam, peserta menjamu selera
dan berkemas untuk pulang ke Jeti Kuala Besut. Kami
bertolak dari Teluk Kekir Pulau Perhentian jaml 10 pagi.
Sampai di Jeti Kuala Besut pada
pukul 11 pagi dan terus masukkan barang dan menaiki bas pada pukul 12 tengah hari. Sebelum
itu peserta melawat sekitar sekitar jeti kuala besut untuk membeli cenderamata
sebagai kenang kenangan dan singgah makan seafood goreng tepung di Kampung
Penarik Setiu.
Akhirnya
peserta selamat sampai di sekolah pada pukul 1.30 pagi. Sesudah tiba di
sekolah, kami menurunkan barang-barang dari bas dan pulang ke doom
masing-masing.
29 Mei 2013- Beberapa orang pelajar membantu cikgu
Mazdi membasuh dan mengemaskan khemah yang telah digunakan.
Barang-barang yang dipinjamkan dari pusat KoKurikulum
pun turut dibersihkan dan dipulangkan semula ke pusat KoKurikulum.
Alhamdulillah perkhemahan pada kali ini berjalan lancar dan selamat. InsyaAllah
tahun depan berjumpa lagi dalam Perkhemahan Perdana Tahunan 2014 (PPT14)
Disediakan oleh,
En. Mohd Mazdi bin Muhamad
AJK Dokumentasi
Perkhemahan Perdana Kali Ke-6
- Home>
- Co-curricular >
- Laporan Perkhemahan Perdana Tahunan 2013 (PPT13) Di Teluk Kekir Pulau Perhentian Besar, Terengganu