Saturday, May 11, 2013
TARIKH : 11 MEI 2013
MASA : 12.00 TGH – 3.00
PETANG
TEMPAT : DEWAN BANKUET PALM GARDEN HOTEL IOI RESORT
PUTRAJAYA
Salam sejahtera,
Kami berharap anda mempunyai permulaan yang baik bagi tahun
2013, dan berharap segala perancangan anda untuk mencapai target pada tahun ini
akan berjalan dengan lancar. Program kami yang lalu telah mendapat sambutan
yang sangat memberangsangkan daripada pelbagai pihak. Kami daripada Project Mata
Hati sangat berbesar hati dan telah berusaha untuk menyalurkan dana yang telah
disumbangkan untuk kebajikan para pelajar. Walau bagaimanapun, usaha itu tidak
akan berhenti setakat ini sahaja.
Sekali lagi kami amat berbesar hati menjemput pihak anda
untuk menyertai Majlis Amal Makan Tengah Hari yang ketiga. Program yang dirancangkan
ini merupakan salah satu usaha mengutip dana bagi Project Mata Hati, iaitu
sebuah projek tanggungjawab social korporat (CSR) oleh Group Technical Services
(GTS), MISC Bhd. Dengan kerjasama Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, Kuala
Lumpur.
Dalam usaha untuk terus memberikan sumbangan yang besar
kepada masyarakat, maka Project Mata Hati beranggapan bahawa program ini adalah
peluang bagi badan-badan korporat, golongan professional serta masyarakat setempat
untuk memajukan para pelajar secara khususnya, serta meningkatkan pembangunan
infrastruktur sekolah secara amnya.
PROGRAM TENTATIF
11.30 a.m Ketibaan
para tetamu
12.00 p.m Bacaan
ayat suci al-Quran dan doa selamat
12.10 p.m Ucapan
oleh Pengetua SMPK, Setapak
12.20 p.m Ucapan
oleh Penaung Project Mata Hati
12.30 p.m Ucapan
perasmian oleh Tetamu Kehormat
12.45 p.m Persembahan
para pelajar SMPK, Setapak
1.20 p.m Lelongan
karya hasil seni pelajar
1.45 p.m Majlis penyampaian hadiah kepada
pelajar cemerlang
2.15 p.m Majlis bersurai
“CARA
TERBAIK UNTUK MENGUCAPKAN SYUKUR ADALAH
DENGAN MEMBERIKAN
BANTUAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN”
Helen Keller (1880 – 1968)