Thursday, March 3, 2016



578 calon SPM di KL semua A

Kuala Lumpur: Seramai 578 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memperoleh keputusan cemerlang semua A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran diduduki berbanding 776 calon pada 2014.
Pengarah Pendidikan Wilayah Kuala Lumpur Foziah Buang berkata, 18,318 calon mendaftar untuk SPM di negeri ini, namun hanya 18,100 calon sahaja menduduki peperiksaan itu.
"Sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang ini terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran," katanya pada sidang media di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, pada SPM 2015 juga memperlihatkan calon berkeperluan khas (CBK) meningkatseramai tujuh orang daripada sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu 109 calon berbanding 102 calon tahun sebelumnya.
"Calon CBK ini menyumbang kepada keputusan lebih cemerlang SPM 2015 berbanding 2014.
"Ini menunjukkan bahawa semua calon berpeluang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM," katanya.
Beliau berkata, Indeks Purata Negeri (GPN) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2015 adalah 4.85 iaitu menurun 0.12 mata berbanding 4.73 pada 2014.
Katanya, begitupun,pencapaian negeri ini adalah jauh lebih baik mengatasi GPN nasional iaitu 5.15.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 12:44 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/119932#sthash.kbxsFJFL.dpuf

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -