Tuesday, May 5, 2015

Tarikh : 5 – 8 Mei 2015
Tempat : Politeknik Sultan Idris Shah

Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan kali ke 12 bagi tahun 2015 telah berlangsung dengan gilang- gemilang di Politeknik Sultan Idris Shah,Sabak Bernam Selangor. SMPK Setapak telah menghantar wakil seramai 6 orang yang juga mewakili WPKL.Mereka telah diiringi oleh seorang guru dan seorang PPM.Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat kebangsaan merupakan pertandingan antara negeri yang mempunyai beberapa aktiviti.Pertandingan yang telah disertai oleh pelajar SMPK Setapak iaitu Tilawah Al-Quran (BL Menengah), Hafazan Al-Quran (BL Menengah) dan Azan Subuh (BL Menengah).Kesemua peserta yang terlibat telah mempamerkan persembahan yang terbaik dan mengkagumkan. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Yang Bhg Encik Shazali Bin Ahmad,Pengarah Bahagian Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan Malaysia.Alhamdulillah daripada  5 acara  yang disertai, 3 orang daripada pelajar SMPK Setapak telah mendapat kejayaan dan sekali gus  mengharumkan nama sekolah.

Berikut adalah senarai pelajar SMPK Setapak yang berjaya dalam MTAQ  Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 :

1. JOHAN TILAWAH (P) AL-QURAN BL (Menengah)
      - Fatin Najwa Binti Sajari

2. NAIB JOHAN HAFAZAN (L) AL-QURAN BL (Menengah)
      - Muhamad Azan Bin Mat Husin

2. TEMPAT KETIGA TILAWAH (L) Al-QURAN BL (Menengah)

      - Muhamad Taufik Bin Azman

Guru Pengiring :
Ustaz Zamani bin Ibrahim

PPM:
Zapidah binti Husain










Disediakan oleh:                                                                                                
ZAPIDAH BINTI HUSAIN

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -