Thursday, April 23, 2015

Tarikh            : 11 Mei 2015
Penglibatan  : PK HEM, PK KOKO, ALK dan Murid
Tempat          : Petaling Jaya, Selangor

Pihak koperasi sekolah telah mengadakan satu lawatan sambil menderma ke rumah seorang murid yang menghidap penyakit kanser. Murid tersebut ialah Mohd Shah Iskandar iaitu murid kelas murni. Semasa lawatan tersebut, pihak koperasi turut memberikan sumbangan derma sebanyak RM300. Melalui sumbangan tersebut, diharap dapat meringankan beban keluarga murid tersebut. Lawatan ini bersesuaian dengan tema HKS bagi tahun ini dan pihak koperasi berharap agar dapat melahirkan koperator yang prihatin terhadap masyarakat.

Objektif

Memupuk sikap pemurah dan prihatin dalam diri setiap murid dan warga sekolah SMPK Setapak.



#KITA DOAKAN AGAR ADIK SHAH ISKANDAR SIHAT SEPERTI SEDIA KALA. AMIN


- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -