Tuesday, January 13, 2015


TEMPAT : GELANGGANG SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, KL
TARIKH : 13 JANUARI 2015


Pada 13 Januari 2015, satu pendaftaran kelab/persatuan dan sukan/permainan bagi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, 53300 Setapak, Kuala Lumpur telah diadakan di Gelanggang SM Pendidikan Khas Setapak. Pendaftaran ini bertujuan untuk memastikan semua murid SM Pendidikan Khas Setapak terlibat dalam satu kelab/persatuan dan satu sukan/permainan sahaja pada sesi 2015. Pendaftaran bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
            Pendaftaran ini dihadiri oleh semua guru penasihat dan semua murid SM Pendidikan Khas Setapak. Pendaftaran kelab/persatuan dan sukan/permainan bermula dengan Tingkatan Lima dan diakhiri oleh Tingkatan Satu. Murid-murid mendaftarkan nama kelab/persatuan dan sukan/permainan mengikut kehendak diri sendiri.
            Berikut merupakan kelab/persatuan dan sukan/permainan sesi 2015:

Kelab / Persatuan                                          Sukan / Permainan
Kelab Bahasa                                                Kelab Futsal
Kelab Bahasa Jepun                                    Permainan Dalaman
Kelab Seni                                                     Kelab Goalball
Kelab Muzik Dan Budaya                           Kelab Kriket
Kelab Usahawan                                          Sukan Memanah
Kelab ICT                                                     Kelab Catur
                                                                        Kelab Ping Pong

Disediakan oleh,
Jorianna Tan Ean Ean
AJK Dokumentasi Pendaftaran Kelab/Persatuan Dan Sukan/Permainan
SM Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -