Wednesday, January 14, 2015

TEMPAT : GELANGGANG SM PENDIDIKAN KHAS SETAPAK, KL
TARIKH : 14 JANUARI 2015







Pada 14 Januari 2015, satu Mesyuarat Agung Kadet Remaja Sekolah bagi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, 53300 Setapak, Kuala Lumpur telah diadakan di Gelanggang SM Pendidikan Khas Setapak. Mesyuarat Agung ini bertujuan untuk memilih ahli jawatankuasa baru bagi Kadet Remaja Sekolah sesi 2015. Mesyuarat bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
            Mesyuarat ini dihadiri oleh semua guru KRS dan semua murid SM Pendidikan Khas Setapak. Berikut merupakan ahli jawatankuasa induk baru bagi Kadet Remaja Sekolah sesi 2015:
Pengerusi                   : Abdul Muis Bin Shafie
Naib Pengerusi          : Mohd Zahir Bin Zulkifli
Setiausaha                  : Nuramira Arina Binti Ahmad Hamidi
Naib Setiausaha         : Nur Izzah Akma Binti Mustapha Kamal
Bendahari                  : Nur Alia Binti Haslan

            Seterusnya murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang diketuai oleh seorang guru pembimbing. Murid-murid juga dikehendaki untuk memilih ahli jawatankuasa kecil di dalam kumpulan tersebut. Di samping itu, kumpulan kecil tersebut juga dikehendaki untuk memilih nama kumpulan.
 “jikalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”


Disediakan oleh,
Azeyah Binti Isa
Ajk Dokumentasi Mesyuarat Agung KRS

SM Pendidikan Khas Setapak, KL

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -