Monday, July 21, 2014

Perasmian dan perlantikan Bridget Bestari  dilancarkan pada 21 Julai 2014. Majlis perasmian dimulakan dengan kata-kata aluan dari En Jalaluddin Bin Yusof, Pengetua SM Pendidikan Khas Setapak di Dataran Perhimpuan SMPK Setapak dan diteruskan dengan perlancaran program serta perlantikkan ahli Bridget Bestari. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan akur janji oleh ahli Bridget Bestari.
Bridget bestari ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen murid bukan hanya terbatas kepada penggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.
Program Bridget Bestari dilaksanakan seminggu sekali sepanjang tahun bermula pada 23 Julai 2014. Program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori B1 dan B2. Bagi kategori B1, program akan dilaksanakan pada setiap hari Rabu. Bagi kategori B2 pula, program akan dilaksanakan pada setiap hari Jumaat.
Penubuhan Bridget Bestari di semua sekolah diharap akan dapat menjadi pemangkin kepada matlamat menggunakan teknologi sebagai pengupaya dalam proses pengajaran dalam pembelajaran. Pelajar-pelajar yang terpilih menganggotai Bridget ini merupakan sekumpulan pelajar yang istimewa kerana mereka akan bertindak sebagai peransang dan modal kepada rakan-rakan murid yang lain.




Disediakan oleh, Pn Norhayati RoSBt Zainal Abidin (Guru) dan Dani Farhat Baiyed (Murid), AJK Biro Penerbitan Bridget Bestari

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -