Saturday, March 2, 2013

Program Merentas Desa telah berjalan dengan lancarnya pada 3 Mac 2013. Selain murid-murid berlari sejauh kira-kira 4 km, aktiviti sukan dan permainan seperti futsal, goalball, catur serta ping pong turut diadakan. Scope International daripada Standard Chartered turut menjadi guide runner kepada murid-murid selain turut bertanding dalam aktiviti futsal, goalball serta ping pong. Selain itu, seramai 6 orang pelajar dari Kolej Vokasional ERT Setapak serta dua orang sukarelawan daripada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) turut membantu dalam pertolongan cemas. Berikut merupakan antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung semasa program ini:

Cikgu Alya Qasdina dan Cikgu Gayitri sedang mengendalikan sesi senamrobik
~Oppa Gangnam Style...

Aktiviti senamrobik sedang berlangsung


Murid-murid dan sukarelawan daripada Scope International berlepas dari garisan permulaan

Murid-murid berlari bersama sukarelawan daripada Scope International

Juara Kategori B1 iaitu Mohd Fadzli bersama guide runner daripada Scope International, iaitu En. Kong Cheu Seng sampai di garisan penamat

Aktiviti permainan futsal sedang berlangsung

Sukarelawan daripada Scope International sedang beraksi dalam permainan goalball

Sesi penggambaran bersama Scope International

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini"



- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -