Friday, March 15, 2013

Seramai 32 orang murid telah menyertai kem ini yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang diadakan pada 15 Mac 2013 hingga 17 Mac 2013 bertempat Rekreasi Kubang Udang (ReKuda), Kuala Kangsar, Perak . Guru pengiring seramai lima orang iaitu Pn Zinaida bt Ariffin, Pn Roszazila bt Rusali, Pn Rubashini Ramakrishnan, Cik Faziha bt Hassan dan Cik Saadah bersama-sama dengan tiga orang pembantu pengurusan murid terlibat dalam kem kepimpinan ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi murid-murid ini agar sifat seorang pemimpin dapat diterapkan secara fizikal dan mental. Di antaranya adalah aktiviti Water Confident, Flying Fox, Penciptaan Penanda Buku dan Pemberat Buku serta persembahan sketsa oleh setiap kumpulan. Murid-murid begitu berminat dengan kesemua aktiviti yang dijalankan dan turut menonjolkan sifat seorang pemimpin sepanjang kem tersebut.


Disediakan oleh,
Puan Rubashini Ramakrishnan
AJK Dokumentasi Kem Kepimpinan 2013


- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -