Tuesday, November 6, 2012

Projek Virtual SMPK Card (VSC) merupakan satu projek hasil kolaborasi antara Program Literasi Komputer dan Kelab ICT. Ahli-ahli kumpulan bagi projek ini terdiri daripada dua orang guru penasihat iaitu Cik Tang Lai Shin dan Puan Siti Nur Shuhada Chong binti Abdullah manakala murid-murid yang terlibat sebagai perintis bagi projek ini adalah Muhammad Afiq bin Mohamad Ali Hanafiah, Muhammad Zaiful bin Ahmad Daot, Muhammad Afiq bin Sham, Kaveinthran a/l Pulanthran dan Teh Yong Shing. Projek Virtual SMPK Card (VSC) ini melibatkan penghasilan kad ucapan yang dilaksanakan secara kecil-kecilan. Pelaksanaannya adalah terbahagi kepada dua fasa:

(i)   Fasa Pertama: Penghasilan Kad Ucapan Hari Guru
- Kad ucapan Hari Guru dipasarkan pada peringkat sekolah sahaja.

(ii)  Fasa Kedua: Penghasilan Kad Ucapan Hari Bapa, Kad Ucapan Hari Jadi, Kad Ucapan Terima  Kasih dan Kad Ucapan Tahniah
- Kad-kad ucapan ini dipasarkan kepada warga sekolah serta masyarakat luar.


Contoh-contoh kad yang dijual

Projek VSC telah menyertai pertandingan dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan pada 18 Oktober 2012 dan berjaya mendapat johan dalam pertandingan tersebut. Ini telah melayakkan Projek VSC ke Peringkat Kebangsaan sebagai wakil Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan yang diadakan dari 5 November hingga 6 November 2012, pembentangan laporan projek telah diwakili ahli-ahli pelapis iaitu Teh Yong Shing, Celine Lean Yew Lin, Amirul Shafiq bin Ahmad Shaifuddin dan Ther Yong Seng. Projek VSC telah berjaya mendapat Anugerah Khas Juri dalam konvensyen tersebut.

Projek VSC mendapat johan dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Wilayah Persekutuan

Projek VSC mendapat Anugerah Khas Juri dalam Konvensyen Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan

Disediakan oleh,
Ahli-ahli Projek Virtual SMPK Card (VSC)

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -