Saturday, June 23, 2012


Sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja telah diadakan pada 22 Mei 2012 di SMPK Setapak. Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah dan nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Wilayah Persekutuan dan lagu "Berusaha dan Berdikari". Barisan pendidik melaungkan ikrar Guru Malaysia, diikuti nyanyian lagu tema Sambutan Hari Guru 2012 iaitu “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” serta lagu “Guru Malaysia”. Seterusnya majlis dimeriahkan dengan acara permainan rakyat. Setiap peserta lelaki yang menyertai permainan ini diwajibkan memakai kain pelikat manakala peserta perempuan memakai kain batik sebagai simbolik permainan. Acara dimulakan dengan permainan boling buah kelapa, terompah tempurung kelapa, belon kaki dan tarik tali. Acara kemuncak adalah permainan futsal antara guru dan staf sokongan. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan bacaan sajak, persembahan nasyid, persembahan syair daripada murid-murid serta diselang-selikan dengan acara anugerah, cabutan bertuah, anugerah khas dan hadiah sukan. Warga sekolah turut mengadakan majlis persaraan untuk guru tercinta yang banyak berjasa kepada sekolah, iaitu Puan Maimun bt. Ismail. Majlis diakhiri dengan jamuan makan. Sesungguhnya, sambutan pada tahun ini berjaya meninggalkan seribu kenangan kepada warga SMPK Setapak.

Disediakan oleh:
Cik Hafizah Hani bt Ahmad Satuan
Setiausaha Kelab Guru dan Kakitangan 2012










- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -