Tuesday, June 5, 2012
Panitia Pendidikan Jasmani SMPK Setapak telah mengadakan Perkhemahan
Perdana (kali ke-5) di Pulau Redang dari 26 Mei 2012 hingga 30 Mei 2012.
Seramai 7 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM), 2 orang pemandu
bas, 2 orang sukarelawan dari UiTM serta 31 orang murid telah menyertai
perkhemahan ini.
Aktiviti pada 26 Mei 2012
(Sabtu)
Para peserta bertolak dari SMPK Setapak pada pukul 10.00 malam dan
selamat tiba di Jeti Merang, Setiu pada pukul 7.00 pagi.
Murid-murid berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum bertolak ke Pulau Redang
Aktiviti pada 27 Mei 2012
(Ahad)
Aktiviti pecah pembentungan yang dikendalikan oleh Cik Faradiba, sukarelawan dari UiTM, telah dijalankan selepas para peserta mendirikan khemah dan mengemaskan barang. Setelah solat serta Bacaan Yasin dan makan malam, aktiviti pengenalan taman laut telah dijalankan oleh pegawai daripada Pusat Taman Laut Pulau Redang. Sesi taklimat tersebut tergendala apabila ribut melanda tapak perkhemahan dan murid-murid kesejukan dibasahi hujan yang lebat. Setelah ribut reda kira-kira 15 minit kemudian, para peserta kembali ke khemah untuk mengemaskan barangan masing-masing dan berteduh di surau berhampiran memandangkan khemah-khemah telah dibasahi hujan.
Cik Faradiba sedang mengendalikan sesi pecah pembentungan (ice breaking)
Para peserta menggigil kesejukan ketika ribut melanda
Keadaan tapak perkhemahan selepas ribut. Kelihatan dahan-dahan
yang menimpa tapak perkhemahan.
yang menimpa tapak perkhemahan.
Aktiviti pada 28 Mei 2012
(Isnin)
Aktiviti keyakinan
air (water confidence) telah
dijalankan pada waktu pagi. Setiap peserta dilengkapi jaket keselamatan, J-tube serta goggles dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan
membuat bulatan masing-masing dengan berpegangan tangan dan berbaring di atas
air.
Guru penyelaras Perkhemahan Perdana, Cikgu Mazdi sedang
memberi taklimat kepada peserta
memberi taklimat kepada peserta
Para peserta sedang mengapungkan diri di atas air semasa aktiviti
keyakinan air (water confidence)
keyakinan air (water confidence)
Pada waktu petang pula, para peserta telah dibawa
mengembara pulau melalui aktiviti jungle
trekking. Para peserta saling bekerjasama menghadapi halangan-halangan
dalam hutan dengan keadaan tanah yang tidak rata dan sedikit curam.
Kemudiaannya, para peserta dibawa naik ke atas menara yang terletak dalam
kawasan hutan bagi menikmati tiupan angin laut serta pemandangan pulau yang
indah.
Para peserta sedang menjelajah hutan di Pulau Redang
Pemandangan yang indah dari menara semasa aktiviti menjelajah hutan
Aktiviti pada 29 Mei 2012
(Selasa)
Aktiviti pada pagi diteruskan dengan lawatan ke Pusat Pemuliharaan Penyu di Chagar Hutang,
Pulau Redang dengan menaiki bot. Setelah bot berhenti berhampiran pantai di Chagar
Hutang, para peserta diminta terjun ke dalam laut dan berenang ke pesisir
pantai. Para peserta telah
diberi taklimat oleh sukarelawan di Chagar Hutang tentang program-program yang
dilaksanakan oleh pihak Universiti Malaysia Terengganu dalam melindungi penyu-penyu
ini daripada mengalami kepupusan serta maklumat tentang jenis-jenis penyu dan
ciri-cirinya. Para peserta turut diberi peluang memegang anak-anak penyu.
Para peserta berenang ke Chagar Hutang
Murid-murid khusyuk mendengar taklimat daripada sukarelawan
yang bertugas di Chagar Hutang
yang bertugas di Chagar Hutang
Aktiviti pada waktu petang diteruskan dengan aktiviti snorkeling di pulau yang berdekatan
dengan menaiki bot. Para peserta telah berpeluang melihat sendiri
hidupan-hidupan laut yang sungguh indah mata yang memandang. Bagi murid-murid
tidak berpenglihatan (B1), aktiviti snorkeling
ini telah memberi pengalaman secara langsung kepada mereka bagi merasai
kesejukan air laut dan pukulan ombak yang membelai pantai.
Para peserta menaiki bot ke lokasi snorkeling
Aktiviti snorkeling
Saujana mata memandang. Pemandangan yang indah dalam dasar laut.
Setelah solat
tazkirah dan makan malam, aktiviti diteruskan dengan aktiviti barbeque dan persembahan kebudayaan oleh
setiap kumpulan.
Persembahan murid-murid yang kreatif dan menghiburkan hati
Pada pukul 10.00 malam, sesi taklimat tentang pelepasan anak-anak penyu ke dalam laut telah dijalankan. Kemudian, para peserta berkumpul dan berbaris di sepanjang pesisir pantai Taman Laut Pulau Redang dan setiap seorang peserta diberi seekor anak penyu untuk dilepaskan ke dalam laut.
Anak-anak penyu yang dilepaskan ke dalam laut
Seterusnya, para peserta menuju ke atas jeti untuk
melihat anak-anak penyu yang baru dilepaskan sambil menikmati keindahan
hidupan-hidupan dalam laut pada waktu malam.
Kelihatan landak laut dan anak ikan jerung sedang berenang dalam laut pada waktu malam. Bolehkah anda bayangkan cabaran yang perlu dihadapi oleh anak-anak penyu yang telah dilepaskan tadi? Berdoalah agar anak-anak penyu ini dapat meneruskan hidupnya
yang penuh dengan onak dan duri.
yang penuh dengan onak dan duri.
Aktiviti pada 30 Mei 2012
(Rabu)
Sebelum bertolak pulang ke SMPK Setapak, para peserta telah berkumpul untuk sesi
taklimat dan ucapan oleh guru-guru Perkhemahan Perdana iaitu Puan Suriani bt
Yusof selaku Penolong Kanan Kokurikulum serta Encik Mohd Mazdi bin Muhamad
selaku penyelaras Perkhemahan Perdana.
Sesi taklimat oleh Puan Suriani bt
Yusof
Para peserta mengucapkan selamat tinggal kepada
para pegawai Taman Laut Pulau Redang dan bertolak ke Jeti Kuala Merang dengan
menaiki bot laju pada pukul 2.00 petang.
~Pulau Redang dalam kenangan~
Disediakan oleh,
Cik Tang Lai Shin
AJK Dokumentasi
Perkhemahan Perdana Kali Kelima