Friday, September 7, 2012
Pada tahun ini, Majlis Jamuan Hari Raya
telah diadakan pada 6 September 2012 (12.30 tengah hari-2.00 petang) dalam suasana yang sederhana tetapi meriah. Pada majlis ini,
kami juga meraikan persaraan Puan Yatimah yang telah berkhidmat selama 18 tahun
di sekolah ini sebagai Pembantu Am Pejabat (PAP) dan Encik Osman (PAP) yang telah bertukar ke Melaka. Jamuan untuk guru-guru, kakitangan sokongan
dan murid-murid diadakan serentak di gelanggang serbaguna. Antara menu utama
ialah lemang, rendang ayam, sate, nasi impit, kuah kacang, nasi minyak, ayam
masak merah, jelatah, papadom, air sirap dan buah-buahan. Majlis diserikan dengan
persembahan murid, guru dan kakitangan sebelum memberi sumbangan duit raya
kepada murid sebagai penutup majlis.
Disediakan oleh,
Cik Hafizah Hani binti Ahmad Satuan
Setiausaha Kelab Guru dan Kakitangan