Friday, August 3, 2012

Hari ini merupakan hari terakhir perkhidmatan Puan Yatimah sebagai staf sokongan di SMPK Setapak setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sekolah ini. Beliau merupakan seorang yang peramah, bagaikan bonda kepada staf-staf yang lain. Selain itu, beliau juga berdedikasi dalam melaksanakan tugas-tugas harian. Ini terbukti apabila beliau telah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada tahun lepas. Moga, Puan Yatimah sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat selepas persaraan ini. Warga SMPK Setapak akan merindui senyuman mesramu, Puan Yatimah! Selamat bersara~


- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -