Friday, May 13, 2016

Tarikh: 9 Mei 2016 hingga 12 Mei 2016
Tempat: Politeknik Merlimau,Melaka

Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2016 telah diadakan bermula pada 9 mei hingga 12 mei 2016 bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka.
Pertandingan ini disertai oleh  4 orang pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak  iaitu adik Muhammad Syafiizwan , Muhammad Azan, Syahmina Aisyah dan Fatin Najwa binti Sajari yang masing-masing menyertai pertandingan bagi kategori pelajar bermasalah penglihatan iaitu  tilawah al-Quran kategori lelaki,hafazan kategori lelaki, hafazan kategori perempuan dan  tilawah al-Quran kategori perempuan.
Pertandingan yang disertai oleh pelajar sekolah pendidikan khas seluruh Malaysia ini diadakan dengan jayanya dalam suasana yang meriah kerana turut disertai dengan pertandingan bercerita, pertandingan nasyid dan  pertandingan mewarna.

11 Mei 2016, pada malam penutup majlis  Pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2016 telah diumumkan bahawa Johan bagi pertandingan tilawah al-Quran kategori lelaki dimenangi oleh Muhammad Syafiizwan yang mewakili wilayah persekutuan Kuala Lumpur . Manakala Fatin Najwa pula johan bagi tilawah al-Quran  kategori perempuan. Muhammad Azan pula diumumkan  sebagai naib johan bagi pertandingan hafazan kategori lelaki.

Johan Tilawah Al-Quran Kategori Lelaki
Johan Tilawah Al-Quran Kategori Perempuan
Naib Johan Hafazan
Tahniah





- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -