Monday, August 17, 2015

Karnival permainan pendidikan khas kebangsaan telah berlangsung di Kuantan Pahang.Karnival ini telah bermula pada 17 hingga 20 Ogos 2015. Pelbagai acara yang di pertandingkan seperti Futsal, Bola Jarring, Petaque, Boling Kategori Bermasalah Pembelajaran dan bermasalah Pendengaran. Hanya acara Boling sahaja yang terdapat kategori Penglihatan dan Acara Pengawai.

 SMPK Setapak telah menghantar seorang pelajar iaitu Nor Shahmina Aisyah bagi acara Boling Perempuan Individu dan Seorang Guru iaitu Encik Mohd Mazdi Bin Muhamad bagi acara Boling Pengawai Berkumpulan yang mewakili sekolah dan Kontigen Kuala Lumpur. Alhamdulillah peserta dari SMPK Setapak masing-masing telah Berjaya mendapat tempat ke-3 Kebangsaan bagi acara yang dipertandingkan tersebut.
Shahmina Bergambar Sebelum beraksi

Memenangi tempat Ke-3 kategori Boling Perempuan Terbuka Kategori Penglihatan
Gambar Shahmina bersama Cikgu Mazdi Selaku Jurulatih dan peserta bowling acara pegawai dengan hadiah kemenangan masing-masing yang berjaya mendapat tempat Ke-3 Peringkat Kebangsaan 2015.



- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -