Tuesday, May 26, 2015

Tempat                     : Gelanggang Serbaguna, SMPK Setapak, KL
Masa & Tarikh         : 26 MEI 2015, Selasa (8.00 pagi hingga 9.30 pagi)
Penglibatan             : Semua koperator merangkap warga sekolah, Alumni dan
               PIBG.                           
Pengerusi Majlis     : Celine Lean Yew Lin
Perasmi                   : Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas
              Setapak Kuala Lumpur Berhad iaitu Tuan Haji Jalaluddin 



       Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan dan lagu Semangat Koperasi dengan diiringan muzik. Pengerusi majlis menjemput wakil murid iaitu Muhammad Naim bin Abdul Wahab bagi memimpin bacaan doa bagi memberkati Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015.


    Kata-kata aluan Pengerusi Majlis berkenaan tema dan objektif pelaksanaan HKS pada tahun ini serta aktiviti-aktiviti yang berlangsung selama dua minggu. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengetua SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan), Setapak, Kuala Lumpur selaku Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur Berhad iaitu Tuan Haji Jalaluddin bin Yusof. Beliau juga menerangkan kepada warga Koperasi tujuan Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2015 diadakan dan aktiviti Koperasi sekolah pada tahun ini yang bertemakan ”Koperasi Berprihatin Terhadap Masyarakat”.


         Perasmian Hari Koperasi Sekolah Bagi tahun 2015 diadakan dengan gimik kejutan apabila seorang murid dimasukkan ke dalam kotak hadiah sambil memegang replika kek yang dibuat dengan tuala. Kotak hadiah yang mempunyai murid itu dibawa ke pentas untuk dibuka oleh Pengerusi Koperasi merangkap Pengetua SMPK Setapak. Setelah hadiah itu dibuka, murid memberikan kek kepada pengetua dan seterusnya merasmikan hari koperasi bagi tahun 2015.

Pengerusi Majlis, menjemput tiga orang murid untuk membacakan perutusan khas HKS 2015:

i) Perutusan daripada YB Menteri Pelajaran Malaysia,Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin dibacakan oleh (Muhammad Naim   bin     Abdul Wahab, Tingkatan 3KAA).
ii)  Perutusan daripada YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri,  Koperasi dan Penggunaan, Dato’ Sri Hasan Bin Malek, dibacakan oleh, (Nur Afifah Binti Zamri, Tingkatan 4A)
iii) Perutusan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Fattah Haji Abdullah, dibacakan oleh (Nur Syahmina Aisyah Binti Azmi, Tingkatan 4A)


Tayangan multimedia  yang menunjukkan sejarah penubuhan koperasi ditayangkan. Persembahan sketsa yang bertajuk “Koperasi Berprihatin kepada Para Pelanggan ”.  Sketsa ini telah  dibimbing oleh Pn. Chuah Lay Chung, Pn. Siti Maisarah bt Mohd Nor dan Pn. Nurul Dewani bt Md. Rusdi.  Sketsa ini melibatkan murid-murid Tingkatan 2,  4 & 5.


                    Aktiviti tambahan merangkumi penyampaian hadiah kepada yang terlibat.
          

                   Persembahan dikir barat yang bertajuk "Koperasi Berprihatin Terhadap                                    Masyarakat". Kumpulan Dikir Barat ini telah dipimpin oleh En. Nasir Bin 
                    Awang dan melibatkan 20 orang pelajar SMPK Setapak.



                     ALK mengedarkan tanda peringatan atau cenderahati kepada semua  warga sekolah.




                                 Penyerahan papan tanda Taman Angkat.


Tempat          :  Gelanggang Serbaguna, SMPK Setapak, KL
Tarikh            :  26 Mei 2015 (9.30-2.00 pm)
Penglibatan :  Semua Warga SMPKS Setapak KL

Aktiviti ini merupakan acara kemuncak sambutan HKS pada setiap tahun. Bazar jualan ini berobjektif mengasah bakat keusahawanan melalui perniagaan kecil-kecilan dan menerap nilai-nilai yang positif dalam diri setiap warga sekolah terutamanya murid-murid.
Pelbagai gerai dibuka terdiri daripada  Panitia Matapelajaran, Kelab, Persatuan, Kelas dan pihak luar. Kemeriahan di tapak bazar makin terasa apabila deejay-deejay yang terdiri daripada murid dan guru sekolah telah memperdengarkan lagu-lagu terkini dan celoteh mereka yang mencuit hati.  Pada tahun ini, kemeriahan berganda melalui aktiviti permainan sukaneka yang disertai oleh murid dan guru.
Selain itu, terdapat juga gerai yang menjalankan perniagaan semata-mata untuk menambah dana bagi membantu murid  yang terlantar sakit di hospital. Sebagai contoh, gerai yang  dinamakan gerai penyayang telah menyumbangkan semua hasil  jualan mereka kepada seorang bekas murid sekolah yang menghidap penyakit tumor otak dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.  

Antara Gerai yang dibuka:
a)    Gerai Penyayang                             - Roti Goreng            
b)    Gerai PIBG                                      - Nasi Lemak dan Kuih raya
c)    Gerai Tingkatan 1C                         - Spagetti dan Sandwish
d)    Gerai Tingkatan 2A                         - Marshmallow
e)    Gerai Tingkatan 4                            - Nuget dan Fries
f)     Gerai Tingkatan 3B&3C                   - Jelly Kelapa dan Bun
g)    Gerai Alumni                                    - Refleksologi                            
h)   Kelas Murni                                      -  Ais ABC dan milo ais
i)     Kelab Guru                                       - Nasi Ayam
j)      Asrama                                            - Laksa,Mee Bandung,Air Jagung,
    Kek
                 k)   Panitia Agama Islam                     - Cadar dan Kerepek
      l )    Gerai barangan terpakai/kitar semula
     m)    Panitia Pendidikan Jasmani          -  Aktiviti Tali-Temali  

          
Disediakan oleh : Pn. Nurul Dewani bt Md. Rusdi

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -