Friday, May 22, 2015

Tarikh                    : 22 hingga 24 Mei 2015
Tempat                  : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Perasmi                 : YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan dan 
                                Persiden SKUM, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin
                                bersama H.EIrina Bokova Ketua Pengarah UNESCO
Tema                     : Kebersamaan (Togetherness)

Peserta                  :
      A)     Guru
1)      Pn. Muspirah bt Ahmad Salim
2)      Pn. Siti Nur Shuhada Chong bt Abdullah
3)      En. Abdul Ghaffar bin Abdul Rahman
4)      Cik. Zainab bt Mohamed Nashir
5)      En. Syed Muhd Najib bin Tahir
       B)      Murid
1)      Celine Lean Yew Lin (Tingkatan 5A)
2)      Nur Izzah Akma bt Mustapha Kamal (Tingkatan 5B)
3)      Hong Wen Chai (Tingkatan 5A)
4)      Wan Azren Nizam bin Wan Mat Zin (Tingkatan 5D)
5)      Muhammad Taufiq bin Azman (Tingkatan 1KAA)

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak telah diminta oleh pihak Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk turut serta dalam aktiviti Hari Unesco Malaysia. Pihak sekolah telah diminta untuk menyertai aktiviti pameran di ‘booth’ Bahagian Pendidikan Khas. Pada masa yang sama, guru-guru dan murid-murid turut diminta mendemonstrasi, memberi khidmat nasihat dan menghebahkan program-program yang ditawarkan di Bahagian Pendidikan Khas amnya dan sekolah-sekolah pendidikan khas khususnya kepada masyarakat umum secara terbuka.
Walaupun Hari UNESCO Malaysia berlangsung dari 22 hingga 24 Mei 2015, namun pameran hanyalah berlangsung dari 23 hingga 24 Mei 2015 dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. ‘Booth’ Sekolah Menengah Pendidikan Khas adalah satu-satunya wakil dari sekolah pendidikan Khas di Malaysia. ‘Booth’ ini menonjolkan tentang keperluan murid cacat penglihatan dan bersifat interaktif. Antara peralatan-peralatan yang dipamerkan adalah seperti embosser, brailler, perisisan Duxbury Translators (DBT), ‘Screen reader’ JAWS, perisian Openbook, permainan catur untuk golongan bermasalah penglihatan, bola goalball, magnifier, CCTV magnifier (Olympia) dan gambarajah timbul.



Disediakan oleh :  Pn. Muspirah bt Ahmad Salim

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -