Saturday, April 4, 2015

Tarikh              : 4 April 2015

Tempat            :  Gelanggang Serbaguna
                             SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak

            Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Graduasi 2014 merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak. Ia merupakan hari graduasi untuk murid-murid Tingkatan 5 bagi tahun 2014 dan upacara menyampaikan anugerah cemerlang bagi murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum. Penganugerahan ini berdasarkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun 2014.

            Pada tahun ini, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Graduasi 2014 telah menerima kehadiran Yang Berbahagia Datuk Hamdan bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju sebagai perasmi acara. Turut hadir bersama-sama untuk menyerikan lagi majlis tersebut ialah Pn. Norizan ,Naib Yang dipertua PIBG SMPK Setapak dan wakil Group Technical Services dari MISC. Ibu bapa penerima anugerah turut hadir menyerikan majlis.

            Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan masuk graduasi dan jemputan-jemputan kehormat. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Sekolah SMPK’. Bacaan doa dibacakan oleh En Zakaria Bin Yahya. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMPK Setapak iaitu En Jalaluddin Bin Yusof dan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju iaitu Yang Berbahagia Datuk Hamdan bin Mohd Yusof. Persembahan Multimedia menghiasi suasana majlis dan diteruskan dengan persembahan murid SMPK Setapak.

            Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid tingkatan 5 bagi tahun 2014 iaitu seramai 17 orang. Penyampaian sijil diteruskan kepada penerima Anugerah Hal Ehwal Murid bagi kategori kehadiran murid 100 peratus, buku kedatangan murid terbaik dan anugerah khas HEM.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Unit Kurikulum. Antara anugerah yang diberi ialah Anugerah Kedudukan Terbaik bagi Tingkatan 1, Anugerah Terbaik Matapelajaran Bagi Tingkatan 1, Anugerah Kedudukan Terbaik Bagi Tongkatan 2, Anugerah Terbaik Matapelajaran Bagi Tingkatan 2, Anugerah Kedudukan Terbaik Bagi Tingkatan 4, Anugerah Terbaik Matapelajaran Bagi Tingkatan 4, Anugerah Murid Terbaik, Anugerah Tokoh Nilam dan Anugerah Khas Tokoh Murid. Anugerah ini dinilai mengikut pencapaian terbaik murid dalam setiap mata pelajaran.

            Majlis diteruskan pula dengan Anugerah Cemerlang Sukan dan Kokurikulum bagi tahun 2014. Seramai 6 orang murid menerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan bagi ketegori Kejohanan Sukan Paralimpimpiad Perlis 2014, 14 orang murid bagi Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2014 dan 12 orang murid bagi Festival Nasyid Pendidikan Khas. Acara diteruskan dengan Anugerah Khas Kokurikulum bagi Pencapaian Peringkat Negeri. Seramai 19 orang murid menerima Anugerah bagi Pertandingan Dikir Barat PPDA dan mendapat Johan untuk peringkat Zon Keramat. Selain itu, 2 orang murid menerima anugerah bagi Pertandingan Tilawah dan Hafazan Al- Quran. Di samping itu, murid juga menerima Anugerah Tokoh Budaya, Tokoh Kepimpinan Kokurikulum, Tokoh Keusahawanan, Tokoh Sukan Sekolah, Pengurusan Kokurikulum Cemerlang, Pembantu Pengurusan Kokurikulum Cemerlang, Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Kokurikulum Keseluruhan.
           
            Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Cemerlang PMR 2014 iaitu Anugerah Murid Terbaik PT3 dan Anugerah Bilangan ‘A’ yang diperolehi. Anugerah turut diberikan kepada panitia Geografi yang mendapat Gred Purata Terbaik PT3. Anugerah Cemerlang SPM 2014 pula diterima oleh 17 orang murid. Anugerah Murid Terbaik SPM, Anugerah Bilangan ‘A’ yang diperoleh SPM dan Anugerah Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Terbaik dan Anugerah Peningkatan Gred Purata Tertinggi.

            Berikut merupakan ringkasan anugerah utama yang telah diberikan sepanjang Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2014.


Bil
Anugerah
01.
Anugerah Hal Ehwal Murid 2014
1.1  Kehadiran murid 100 peratus
1.2  Buku Kedatangan Murid Terbaik
1.3  Anugerah Khas HEM
1.4  Kedudukan Terbaik Bagi Tingkatan 1
1.5  Terbaik Matapelajaran Bagi Tingkatan 1
1.6  Kedudukan Terbaik Bagi Tingkatan 2
1.7  Terbaik Matapelajaran Bagi Tingkatan 2
1.8  Kedudukan Terbaik Bagi Tingkatan 4
1.9  Terbaik Matapelajaran Bagi Tingkatan 4
1.11 Murid Terbaik
1.12 Tokoh Nilam
1.13 Khas Tokoh Murid
02.
Anugerah Cemerlang Sukan dan Kokurikulum 2014
2.1 Anugerah Cemerlang Kokurikulum (Pencapaian Peringkat Kebangsaan)
2.2 Anugerah Gemilangan Kokurikulum (Pencapaian Peringkat Negeri)
2.3 Anugerah Tokoh Budaya
2.4 Anugerah Tokoh Kepimpinan Kokurikulum
2.5 Anugerah Tokoh Keusahawanan
2.6 Anugerah Tokoh Sukan Sekolah
2.7 Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang
2.8 Anugerah Pembantu Pengurusan Murid Kokurikulum Cemerlang
2.9 Anugerah Tokoh Kokurikulum
2.10 Anugerah Tokoh Kokurikulum Keseluruhan
03
Anugerah Cemerlang PT3
3.1 Anugerah Murid Terbaik


3.2 Anugerah Bilangan ‘A’ Yang Diperolehi


3.3 Anugerah Gred Purata Terbaik
04
Anugerah Cemerlang SPM
4.1 Anugerah Murid Terbaik


4.2 Anugerah Bilangan ‘A’ Yang Diperolehi


4.3 Anugerah Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Terbaik


4.4 Anugerah Peningkatan Gred Purata Tertinggi

Perarakan Barisan Pentadbiran dan VIP

Barisan Graduasi Tahun 2014

Ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua SMPKS iaitu En Jalaluddin Bin Yusof

Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju iaitu Yang Berbahagia Datuk Hamdan bin Mohd Yusof

Persembahan Murid


Anugerah Gred Purata Matapelajaran (GPMP) Terbaik

Anugerah Murid Terbaik SPM 2014

Disediakan oleh: Cik Azeyah binti Isa

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -