Tuesday, March 3, 2015



CALON cacat penglihatan, Teh Yong Shing, 20, dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dipeluk ayahnya, Teh Leong Eng, 63, (kanan) sambil diperhatikan kakaknya, Teh Pei Sin 27 (kiri) selepas memperoleh keputusan cemerlang 9A 1B, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Kategori Khas Pendidikan Wilayah Persekutuan di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sairien Nafis




KUALA LUMPUR; Cacat penglihatan bukan penghalang bagi pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas, Setapak, Teh Yong Shin, memperoleh keputusan cemerlang, 9A 1B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014. Yong Shin, 18, yang mengalami cacat penglihatan kategori B2 (separa rabun) itu tidak lemah semangat untuk bangkit dan berusaha mencapai keputusan cemerlang meskipun sukar membaca. "Sebenarnya keputusan SPM yang saya peroleh adalah di luar jangkaan kerana subjek yang saya sasar untuk Gred A, iaitu Perdagangan dapat Gred B, sebaliknya subjek yang paling sukar iaitu Matematik pula dapat Gred A-."Ini kerana, saya menghadapi kesukaran membaca dan mengesan gambar rajah timbul dalam kertas soalan Matematik. Ia membuatkan saya hampir putus asa untuk menjawab kertas soalan itu ketika dalam dewan peperiksaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Yong Shin antara empat pelajar cemerlang SPM menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Datin Nawal Salleh, di sini. Yong Shin yang turut ditemani bapa dan kakaknya itu berkata, beliau tetap gembira memperoleh keputusan berkenaan dan berharap cita-citanya untuk menjadi ahli Sejarah bakal tercapai suatu hari nanti.


- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -