Monday, May 12, 2014

Tarikh              :           5 April 2014

Tempat            :           Gelanggang Serbaguna
                                    SM Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak

Laporan           :

            Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Graduasi 2013 merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak. Ia merupakan hari graduasi untuk murid-murid Tingkatan 5 bagi tahun 2013 dan upacara menyampaikan anugerah cemerlang bagi murid-murid yang mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum. Penganugerahan ini berdasarkan pencapaian murid-murid dalam peperiksaan PMR, SPM dan peperiksaan akhir tahun 2013.

            Pada tahun ini, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Graduasi 2013 telah menerima kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai perasmi acara. Turut hadir bersama-sama untuk menyerikan lagi majlis tersebut ialah Tuan Haji Ibrahim Bin Idris, Yang Dipertua PIBG SMPK, Pn Nor Rizan Kamarudin, Naib Yang Dipertua PIBG SMPK dan beberapa pengetua dan guru besar dari sekolah-sekolah lain. Ibu bapa penerima anugerah turut hadir menyerikan majlis.

            Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan masuk graduasi dan jemputan-jemputan kehormat. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Sekolah SMPK’. Bacaan doa dibacakan oleh En Zakaria Bin Yahya. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengetua SMPK Setapak iaitu En Jalaluddin Bin Yusof dan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas iaitu Tn Haji Wan Mohd Noor Bin Wan Endut. Persembahan Multimedia menghiasi suasana majlis dan diteruskan dengan persembahan murid SMPK Setapak.

            Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid tingkatan 5 bagi tahun 2013 iaitu seramai 27 orang. Penyampaian sijil diteruskan kepada penerima Anugerah Hal Ehwal Murid bagi kategori kehadiran murid 100 peratus, markah merit tertinggi, kelas paling bersih dan ceria dan pengurusan jadual kedatangan terbaik.

            Majlis diteruskan pula dengan Anugerah Cemerlang Sukan dan Kokurikulum bagi tahun 2013. Seramai 7 orang murid menerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum Peringkat Negeri dan seramai 11 orang murid menerima Anugerah Gemilang Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Seramai 19 orang murid pula menerima Anugerah Terbilang Kokurikulum Peringkat Antarabangsa. Selain itu, terdapat juga murid yang menerima Anugerah Budayawan Sekolah, Anugerah Tokoh Kepimpinan Kokurikulum, Anugerah Tokoh Keusahawanan, Anugerah Tokoh Sukan Sekolah, Anugerah Tokoh Kokurikulum Sekolah, Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang, Anugerah Jurulatih Sukan Cemerlang, Anugerah Pembantu Pengurusan Murid Kokurikulum Cemerlang, Anugerah Tokoh Cemerlang Kokurikulum Keseluruhan dan Anugerah Tokoh Nilam.

            Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Anugerah Cemerlang Kurikulum. Antara anugerah yang diberi ialah Anugerah Murid Terbaik Kelas Murni, Anugerah Tingkatan 1, Anugerah Tingkatan 2 dan Anugerah Tingkatan 4. Anugerah ini dinilai mengikut pencapaian terbaik murid dalam setiap mata pelajaran.

            Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Cemerlang PMR 2013 iaitu diterima oleh 7 orang murid. Anugerah turut diberikan kepada panitia yang mencapai 100 peratus lulus iaitu Panitia Sejarah, Lonjakan Saujana PMR iaitu Panitia Kemahiran Hidup dan Matapalejaran yang menunjukkan peningkatan gred purata PMR iaitu Panitia Sejarah.

            Anugerah Cemerlang SPM 2013 pula diterima oleh 11 orang murid. Anugerah turut diberikan kepada Panitia 100 peratus lulus iaitu Panitia Perdagangan, Gred Purata Terbaik SPM iaitu Panitia Sains dan Peningkatan gred purata terbanyak SPM iaitu Panitia Bahasa Inggeris.

            Berikut merupakan ringkasan anugerah utama yang telah diberikan sepanjang Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2013.

Bil
Anugerah
01.
Augerah Hal Ehwal Murid 2013
1.1 Kehadiran murid 100 peratus
1.2 Markah Merit Tertinggi
1.3 Kelas Paling Bersih dan Ceria
1.4 Pengurusan Jadual Kedatangan Terbaik (Guru Kelas)
02.
Anugerah Cemerlang Sukan dan Kokurikulum 2013
2.1 Anugerah Cemerlang Kokurikulum (Pencapaian Peringkat Negeri)
2.2 Anugerah Gemilangan Kokurikulum (Pencapaian Peringkat Kebangsaan)
2.3 Anugerah Terbilang Kokurikulum (Peringkat Antarabangsa)
2.4 Anugerah Budayawan Sekolah
2.5 Anugerah Tokoh Kepimpinan Kokurikulum
2.6 Anugerah Tokoh Keusahawanan
2.7 Anugerah Tokoh Sukan Sekolah
2.8 Anugerah Tokoh Kurikulum Sekolah
2.9 Anugerah Pengurusan Kokurikulum Cemerlang
2.10 Anugerah Jurulatih Sukan Cemerlang
2.11 Anugerah Pembantu Pengurusan Murid Kokurikulum Cemerlang
2.12 Anugerah Tokoh Cemerlang Kokurikulum Keseluruhan.
2.13 Anugerah Tokoh Nilam
03.
Anugerah Cemerlang Kurikulum 2013
3.1 Anugerah Tingkatan 1
3.2 Anugerah Tingkatan 2
3.3 Anugerah Tingkatan 4
04.
Anugerah Cemerlang PMR 2013
05.
Anugerah Cemerlang SPM 2013







Perarakan Masuk Jemputan Kehormat dan Para Graduasi



Ucapan Pengetua dan Persembahan Multimedia



Jemputan Kehormat dan Pentadbir Sekolah




Kehadiran Ibu Bapa dan Penerima Anugerah




Guru-Guru SMPK Setapak




Persembahan Murid SMPK Setapak dan Persembahan Jemputan




Sesi Fotografi Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi 2013


Disediakan oleh :                                          

Norhayati Ros Bt Zainal Abidin                                      
AJK Dokumentasi                                                                  
Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Graduasi                       
SMPK Setapak, Kuala Lumpur                                          









- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -