Monday, April 28, 2014
Program
berlangsung selama seminggu iaitu daripada 28 April sehingga 2 Mei 2014. Pada hari Isnin, tiada aktiviti dijalankan
kerana acara pelancaran terpaksa ditunda kepada hari Jumaat (waktu pertama PdP),
atas arahan Tuan Pengetua. Pada hari Khamis, tiada aktiviti dijalankan
kerana cuti Hari Pekerja. Pada pagi Selasa dan Rabu, info tentang bahaya penyalahgunaan
dadah telah dibacakan oleh Puan Kalairasi, selaku guru PPDa sewaktu perhimpunan
pagi. Pada petang Selasa, pertandingan
melukis poster dan deklamasi sajak telah diadakan. Pertandingan melukis poster telah
dikendalikan oleh dua orang guru iaitu Encik Ahmad Zaini dan juga Puan
Roszazila. Manakala bagi pertandingan
mendeklamasi sajak, ia telah dikendalikan oleh Puan Noor Hasmawati dan Puan
Zinaida. Pemenang pertama bagi kategori
menengah atas dan kategori menengah bawah dari acara melukis poster serta
seorang pemenang dari acara deklamasi sajak akan dipilih untuk mewakili sekolah
ke Karnival PPDa peringkat zon pada hari Sabtu (3 Mei)Pada petang hari Rabu,
satu sesi ceramah antidadah yang dipengerusikan oleh Ustazah Fatimah Zahara
telah dijalankan di gelanggang sekolah. Ceramah
antidadah ini dikendalikan oleh sekumpulan tiga orang pegawai dari Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK). Ketua penceramah
ialah Encik Donny Lasong. Tajuk yang
dibincangkan adalah “Remaja/Siswa dan Penyalahgunaan Dadah”.Antara pengisian
ceramah diberi adalah berkaitan dengan ciri-ciri/bentuk/jenis dadah serta
kesannya kepada diri orang yang mengambilnya serta masyarakat sekeliling, Pada akhir ceramah, sesi soaljawab telah
diadakan dan seramai sepuluh orang murid telah dipilih untuk menjadi
pemenang. Mereka terdiri daripada Afiq
Afifi (5B), Hema (3C), Izzah Akma (4B), Musarrat (1C), Teh Yong Shing (5A), Amirul
Syafiq (5B), Kamarul (5B), Amiruddin (4A), Norshafira (5D) dan Zafiena (3A2).Majlis
perasmian penutup untuk Minggu PPDa telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua pada
pagi hari Jumaat. Sebelum itu, pembacaan
perutusan sempena sambutan Hari Antidadah Kebangsaan daripada Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia telah disampaikan oleh En. Fathil Khair. Ini diikuti oleh ucapan perasmian oleh Tuan
Pengetua serta slot penyampaian hadiah kepada para pemenang Minggu Antidadah
peringkat sekolah. Program berakhir
dengan persembahan oleh kumpulan dikir barat. Berikut adalah nama-nama pemenang
bagi kedua-dua pertandingan:
Pertandingan
melukis poster
|
Pertandingan
mendeklamasi sajak
|
Pemenang
kategori menengah atas:
Tempat
pertama è Nur Huda
Nasuha (5A)
Tempat
kedua è Nur Aida (5C)
Tempat
ketiga è Mohd Azirul Ashraf (5A)
Tempat
keempat è Mohd Afiq
Afify (5B)
|
Pemenang
kategori menengah atas:
Tempat
pertama è Mahavithia
(5A)
Tempat
kedua è Nur Amyliya Natasya (5B)
Tempat
ketiga è Amirul Shafiq (5B)
|
Pemenang
kategori menengah bawah:
Tempat
pertama è Nur Syahmina
Aisyah (3A1)
Tempat
kedua è Nur Aqilah (3A1)
Tempat
ketiga è Afifah bt Amir (3A2)
Tempat
keempat è Al Qashah
(3A2)
|
Pemenang
kategori menengah bawah:
Tempat
pertama è Nor Daniel
Syafiq (1A)
Tempat
kedua è Tiada penyertaan
Tempat
ketiga è Tiada penyertaan
|