Monday, January 20, 2014

Pada tanggal 20 Januari 2014, Majlis Perasmian Penubuhan dan Operasi Projek Virtual SMPK Interaktif (VSI) telah diadakan di Gelanggang Serbaguna Sekolah. Majlis tersebut dilangsungkan sewaktu perhimpunan rasmi sekolah dan dirasmikan dengan jayanya oleh En. Jalaluddin B. Yusof, tuan pengetua sekolah dengan disaksikan oleh seluruh warga sekolah.

Projek Virtual SMPK Interaktif (VSI) merupakan sebuah projek yang dibentuk hasil kreativiti dan kesungguhan sekumpulan murid dengan bimbingan guru literasi komputer yang ditubuhkan pada tahun 2011. Antara elemen yang terkandung dalam projek ini termasuklah Facebook rasmi sekolah, Twitter rasmi sekolah, Rancangan VS Cast di samping program-program lain yang berkaitan dengan IT khususnya bagi golongan cacat penglihatan.

Objektif penubuhan projek ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang pentingnya kemahiran dan pengetahuan dalam ICT khususnya bagi mereka yang cacat penglihatan kerana penguasaan kemahiran sedemikian mampu membantu dalam kerjaya kelak.

Guru penasihat projek ini ialah Cik Tang Lai Shin dan jawatankuasa murid terdiri daripada Teh Yong Shing (pengerusi), Amirudin B. Abdullah, Hong Wen Chai, Mohd Rifqi dan Nur Basyira bagi sesi tahun 2012-2014.

untuk maklumat lanjut, boleh layari:-

Facebook: SMPK Setapak
Twitter: SMPKS

Perasmian VSI

Ucapan Pengerusi Majlis

Ucapan Pengerusi Kelab ICT

Ucapan Pengetua

Tandatangan Pengetua


Disediakan oleh :
Teh Yong Shing 
Pengerusi Kelab ICT SMPKS



- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -