Saturday, April 6, 2013
Pada 6
April 2013 (Sabtu) yang lalu telah berlangsungnya Hari Anugerah Cemerlang dan
Graduasi 2012 bagi pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2012. Seramai 35 orang
pelajar telah dianugerahi dengan sijil graduasi di majlis tersebut. Antara tetamu terhormat yang hadir pada hari
berkenaan ialah Puan Mahani binti Kasim diwakilkan oleh Encik Hamizar bin Haji
Hadi (Ketua Sektor Pendidikan Khas & Swasta), Puan Rabthah binti Abdul
Rahim (Penolong Pengarah Unit Hem Bahagian Pendidikan Khas), Encik Zulkifli bin
Mohamad Nor (Penyelia Kanan Pendidikan Khas & Swasta Pejabat Pelajaran
Wilayah Keramat) dan Encik Ibrahim bin Idris (YDP PIBG). Majlis ini mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa para pelajar. Anugerah
Kecemerlangan diberi mengikut kategori yang telah ditetapkan
seperti berikut:
i.
Murid
Terbaik untuk Setiap Subjek Tingkatan 1,2 dan 4
ii.
Penerima
Anugerah Kedudukan Keseluruhan Tingkatan 2 dan 4
iii.
Penerima
Anugerah Nilam
iv.
Penerima
Anugerah Hal Ehwal Murid
v.
Penerima
Anugerah Cemerlang Sukan dan Kokurikulum
vi.
Penerima
Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012
vii.
Penerima
Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012
viii.
Murid
Terbaik SPM bagi Tahun 2012
ix.
Anugerah
Khas Pengetua
x. Penghargaan Panatia Subjek Terbaik bagi SPM 2012
Terima kasih kepada semua yang telah terlibat secara
langsung mahupun di belakang tabir dalam menjayakan program ini. Jumpa lagi di
tahun hadapan.