Sunday, April 15, 2012


KOSMO! Khamis 22 Mac 2012

KUALA LUMPUR - Masalah rabun kronik yang dihidapi oleh seorang pelajar, Hanson Ang Ping Ting, 18, tidak menghalangnya untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
        Dia yang mengalami masalah penglihatan sejak kecil itu memperoleh 4A+, 2A, 3A- dalam peperiksaan tersebut.  
        "Impian saya adalah untuk menjadi seorang guru supaya saya boleh membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti saya," kata Ping Ting yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak itu ketika ditemui semalam.
        Dia memperoleh A+ dalam mata pelajaran Sejarah, Sains, Perdagangan dan Ekonomi manakala A dalam Bahasa Melayu dan Matematik. A- pula diperoleh dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Kesusasteraan Melayu.
        Seorang lagi pelajar cemerlang di sekolah tersebut, Muhammad Razlan Ibrahim Mukhtar, 18, yang mendapat 5A+, 2A, 1A- dan 1B turut tidak menyangka akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. 
        "Kami sentiasa bertukar maklumat antara satu sama lain bagi mengelakkan kami ketinggalan dalam sesuatu pelajaran," jelasnya yang buta ketika berumur 10 tahun.


(Gambar: PING TING (kiri) riang bersama Muhammad Razlan selepas menerima keputusan SPM di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur semalam)
 

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -