Sunday, December 27, 2009

 Hanson dapat 7A walaupun rabun teruk
ARKIB : 27/12/2009 (Utusan Malaysia Online)
KUALA LUMPUR 26 Dis. - Rabun teruk sejak dilahirkan tidak menghalang Hanson Ang Ping Ting (gambar) untuk memperoleh keputusan 7A pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak itu mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Matematik dan Sains.

Hanson, 16, berkata, sejak memasuki sekolah menengah, dia berazam memperoleh keputusan terbaik bagi menebus kekecewaannya yang hanya mendapat 2A 3B pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Setiap hari dia mengulangkaji pelajaran di bilik asrama selepas waktu persekolahan dan berusaha meningkatkan pengetahuan dalam setiap mata pelajaran.

"Cabaran saya adalah perlu menggunakan buku rujukan dan latihan yang sama seperti pelajar normal iaitu bertulisan kecil, jadi saya perlu cermin mata serta kanta pembesar," katanya kepada Mingguan Malaysia.

Dia hadir bersama ibu dan bapanya, Ang Eng Siew dan Wong Saw Wah serta tiga adik-beradiknya dari Tangkak, Johor untuk mengambil slip keputusan PMR di sekolah itu di sini kelmarin.

Jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, pencapaian berkenaan di luar jangkaan kerana dia hanya menyasarkan 6A seperti keputusan percubaan PMR yang diperolehnya.

"Saya amat berterima kasih dan menghargai jasa semua individu yang menyokong terutama guru kerana sentiasa membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar,'' katanya yang bercita-cita menjadi guru.

Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Che Fatimah Che Abdullah, 56, berkata, kejayaan Hanson sangat membanggakan kerana dia pelajar pertama memperoleh keputusan begitu cemerlang.

Katanya, sejak memegang jawatan pada 2004, beliau bersama 41 guru di sekolah itu komited menjalankan pelbagai program pendidikan bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan setiap calon PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam setiap mata pelajaran.

Selain memperkenalkan Kem Pendidikan Matematik dan Sains, katanya, sekolah juga menjalankan 'head count' iaitu berjumpa setiap pelajar secara peribadi selepas tamat sesuatu peperiksaan mingguan, bulanan atau tahunan.

"Ia bertujuan mengenal pasti punca masalah pelajar dalam subjek tertentu dan daripada situ, sekolah akan mencari kaedah terbaik menyelesaikannya serta mempertingkatkan pencapaian mereka,'' katanya.

(Source: 

_____________________________________________________________________________

Visually impaired student gets 7A in PMR
KUALA LUMPUR, Dec 24 (Bernama) -- The 7A scored by a visually impaired student in the PMR examination has shocked the principal of Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan, Setapak near here.

"I am shocked as this is the first time that a special student gets A in all subjects," Che Fatimah Che Abdullah, principal of the Special Education Secondary School for the Visually Impaired said today.

Hanson Ang Ping Ting scored 7A while two others, Tan Ee Beng and Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar, got 6A.

Ang who was with his family in Seremban had contacted the school by phone to get his PMR result.

Che Fatimah was happy that 13 of the 20 students who sat for the PMR had excelled thus improving the passing rate to 60 percent compared with only 38.5 percent last year.

"Teachers have to be work hard and be committed as special students need more attention than normal ones," she added.

In Melaka, Muhammad Syarifuddin Abu Tahir who suffered from short sightedness was all smiles when he got 7A and 1C in PMR.

The student of Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek suffered the handicap since young and had to get help from friends and teachers.

"I wasn't shy to ask friends to read out what the teacher had written. This happened all the time," he told reporters here today.

Muhammad Syarifuddin said the question papers given to him also had big letttering which was helpful.



- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -