Thursday, September 10, 2009

“Gedung Ilmu Insan Istimewa”

Pusat Sumber SM Pendidikan Khas (SMPK) Setapak ditubuhkan selaras dengan kehendak visi dan misi sekolah. Pelbagai bahan dan media disediakan untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran di SMPK, sekali gus mencemerlangkan inisiatif pendidikan khas bagi pelajar bermasalah penglihatan.

Pusat Sumber Sekolah (PSS) memainkan peranan yang penting dalam memperoleh, mengurus dan menggalakkan penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan secara berkesan. Sehubungan itu, pelbagai program, projek, dan aktiviti dijalankan sepanjang tahun untuk memproses, menjaga dan membaikpulih bahan bacaan, audio dan visual. PSS juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan bilangan buku braille dan memudahkan perolehan akses kepada segala kemudahan yang disediakan.




VISI
Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Menjelang 2010

MISI
Meningkatkan akses kepada maklumat bagi pelajar bermasalah penglihatan melalui pelbagai media demi mencemerlangkan perkhidmatan pendidikan khas

OBJEKTIF
1. Meningkatkan kualiti dan kuantiti bahan dan peralatan yang disediakan.
2. Memupuk amalan membaca di kalangan warga sekolah.
3. Menggalakan warga sekolah menggunakan bahan dan peralatan di PSS dengan berkesan.
4. Menjadi pusat sumber bahan untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P).
5. Menyediakan kemudahan ICT untuk P&P.



Bagi merealisasikan visi, misi dan objektifnya, PSS yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pada 9 Ogos 2005 ini turut menjalankan kerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan seperti Yayasan Flextronics, Persatuan Orang Buta Malaysia, Majlis Orang Buta Malaysia, Lion’s Club Kuala Lumpur of North dan Citigroup untuk meningkatkan perolehan buku-buku celik dan braille, peralatan-peralatan ICT dan latihan-latihan penggunaan peralatan dan perisian ICT khas untuk warga sekolah.

Berkat usaha warga kerja PSS dan sokongan padu yang diterima daripada warga sekolah, PSS telah menerima mendapat tempat ketiga di dalam Pertandingan Anugerah Cemerlang PSS Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan hadiah saguhati (Kategori Pendidikan Khas Menengah Rendah) Pertandingan Membaca Program NILAM dan telah mencapai tahap JAUHARI NILAM pada tahun 2006.

- Copyright © SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS (CACAT PENGLIHATAN) SETAPAK - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -